
Wah nampaknya usia bukanlah penghalang seseorang itu untuk berjaya. Di Bangkok seorang nenek berusia 91 tahun, Kimlan Jinakul telah berjaya menggenggam segulung ijazah.
Impiannya tercapai setelah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang kajian pembangunan manusia dan keluarga di salah sebuah universiti yang terletak di Bangkok.
Katanya, tidak pernah terlewat untuk belajar dan difikirannya selalu terdetik rasa untuk belajar.
Kimlan berkata, pada awalnya dia telah melanjutkan pelajarannya bersama seorang anak perempuannya dan ketika itu dia berusia 72 tahun.
Walau bagaimanapun, anaknya telah meninggal dunia beberapa tahun kemudiannya dan itu telah membuatkan dia menangguh pengajiannya.
Namun setelah beberapa tahun selepas itu, Kimlan mengambil keputusan untuk menyambung semula pengajiannya.
Kimlan berkata pada sebuah portal bahawa dia bertekad untuk menghabiskan pengajiannya dan berharap agar roh anaknya akan tenang.
Membaca kisah kegigihan seorang wanita yang sudah menjangkau umur 91 tahun ini telah membuatkan kita berfikir bahawa tiada alasan untuk kita berjaya.
Hanya yang perlu ada dalam diri adalah kemahuan dan kesungguhan untuk terus berjaya dalam hidup.
Cerita Kimlan ini boleh dijadikan contoh buat semua agar terus menanamkan semangat untuk lebih berjaya di masa hadapan.
Sumber: Teen Vouge
“Its Normal Rasa Nak Free Hair Balik..” – Hannah Delisha Akui Tak Mudah Tepis ‘Godaan’ Kekal Istiqamah?

Siapa yang tidak mengenali pelakon jelita dan berbakat besar, Hannah Delisha yang mulai popular menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer bersama Syafiq Kyle yang berjaya meledakkan namanya suatu ketika dahulu, seterusnya menjadikan Hannah salah seorang dramatis dambaan penerbit dan pengarah tempatan.
Pada tahun 2020, Hannah mengumumkan yang dia mula memakai tudung dan berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial Instagram miliknya.
Tak Mudah Bagi Hannah Untuk Gapai Istiqamah!
Namun menerusi tembual eksklusif Hannah bersama Hlive, Hannah pernah mengakui bukan mudah untuk dirinya menepis godaan-godaan tertentu selepas dirinya membuat keputusan untuk bertudung, malah banyak cabaran yang harus ditempuhi sebagai seorang wanita seperti Hannah yang cuba untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Malah Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch mengambil keputusan untuk tidak menghakimi selebriti wanita yang membuka tudung atau tidak lagi berhijab.
“I think at the end of the day kita semua manusia biasa. Ada masanya kita akan rasa macam iman kita kuat, ada masa macam kurang. Bagi I, ada juga rasa bila I shooting outdoors kemudian tengok bestnya tengok mereka pakai dress, dengan rambut merebang, tak panas semua. Tapi bagi saya, ini adalah keputusan yang saya buat jadi just go along with it.”
Kan Best Kalau Dapat ‘Free Hair’ Macam Dulu?
Malah Hannah sentiasa berfikiran positif dan menganggap ini satu pelajaran baru dalam kehidupannya. “Saya juga cuba untuk tidak memikirkan sangat, tapi its normal lah dan saya percaya ramai yang berhijab pasti akan rasa kan best kan kalau dapat free hair balik macam dulu.
Masa I berhijab, I ada baca komen netizen meminta I agar kekal istiqamah tapi senang untuk cakap, tapi bila you dah bertudung, nak fahami maksud istiqamah itu sangat mendalam maksudnya.
“You tak kan faham until you berhijab baru you akan faham..owh sebab itulah netizen komen seperti itu, kerana istiqamah itu bukannya mudah”, ujar aktes jelita ini..
Untuk rekap Hannah sudah berkahwin dengan pelakon, Imam Shah pada 18 Februari 2021 setelah 5 tahun mereka menjalin hubungan bersama.
MH mendoakan semoga Hannah terus kuat melayari kehidupan dan kekal istiqamah dalam penampilannya. You can do this Hannah!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kredit foto: Instagram @hannahdelisha
Kes Siti Nordiana & 5 Sekawan Dah Selesai Tapi Lan Solo, Isteri & Syura Buat Sidang Media? Ini Jelas Peguam

Peguam yang mewakili penyanyi Lan Solo, isterinya Sheila Razlan dan Syura Badron, Alan Razak menegaskan tujuan sidang media khas diadakan selepas prosiding akhir mahkamah pada Selasa adalah untuk menamatkan sebarang spekulasi tidak jelas berkenaan kes membabitkan Siti Nordiana.
Alan dari firma guaman Tetuan Azlan Razak & Associates memberitahu ketiga-tiga anak guamnya menerima komen berbaur fitnah sejak awal kes dibuka di mahkamah.
“Saya ada bincang dengan anak-anak guam saya dan mereka memberi mandat untuk menjawab mengenai sebab sidang media ini perlu diadakan.
“Sebenarnya keperluan untuk mengadakan sidang media hari ini saya nak maklumkan, ini bukanlah sesi pihak A memburukkan pihak B atau sebaliknya, bukan juga kes dah selesai boleh sambung bercakap antara satu sama lain, tidak.
“Ini sebenarnya adalah untuk memperbetulkan persepsi masyarakat dan peminat terhadap tiga anak guam saya.
“Sebagai peguam saya perhatikan sewaktu kes bermula sejak di mahkamah rendah lagi, terdapat macam-macam kenyataan berbaur cacian, makian dan tidak sedap didengar diberikan dan bersambung hingga ke mahkamah tinggi.
“Malah hingga sekarang saya percaya walaupun kes ini sudah diselesaikan, masih lagi kita tengok ada kata-kata sedemikian dilemparkan,” katanya ketika ditemui di kediaman Lan Solo di Puchong, Selangor pada Rabu.
Mewakili tiga anak guamnya, Alan memohon agar tiada lagi sebarang bentuk spekulasi lanjut berhubung kes berkaitan.
“Jadi saya ingin menjelaskan sekali lagi, ini bukan bercakap buruk atau mengkritik mana-mana individu sebaliknya memperbetulkan persepsi awam terhadap kes ini selama lebih dua tahun ia berlangsung.
“Keperluan pada hari ini adalah ingin memberitahu secara menyeluruh apa sebenarnya yang berlaku selain apa fakta-fakta yang mungkin terlepas pandang oleh pihak yang tidak berpeluang untuk bersama-sama dengan kami di mahkamah.
“Kami juga ingin memberitahu kepada semua apabila kes sudah selesai, tidak perlu lagilah ditimbulkan sebarang spekulasi, apatah lagi kenyataan tidak enak diberikan kepada anak guam saya,” ujarnya.
Semalam, Siti Nordiana bersetuju menyelesaikan secara baik kes fitnah sebanyak RM2.5 juta yang difailkan terhadap lima individu termasuk dua rakannya, Lan Solo dan Syura Badron.
Terdahulu, dalam pernyataan tuntutannya, Nana mendakwa pada 20 Julai 2021, melalui siaran langsung dikendalikan Nur Sheila yang disertai empat defendan lain menyiar, mengeluar dan menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.
Peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) itu mendakwa, fitnah itu membawa maksud antaranya dia bukan artis yang bersih dan dihormati, ego, tidak mendengar nasihat dalam segala perkara dan menggunakan wang serta populariti bagi memastikan dirinya dihormati.
Penyanyi Cinta Hanya Sandaran itu turut mendakwa kelima-lima defendan memadam siaran langsung daripada akaun IG masing-masing, namun ia tular dan dimuat naik semula ke laman YouTube dan masih boleh ditonton orang ramai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Uqasha Senrose ‘Tersentuh Hati’ Dengan Nasihat Ebit Lew, Hingga Menitis Air Mata Sebak?

Pelakon jelita Uqasha Senrose, menzahirkan rasa sebak sebaik sahaja membaca hantaran Instagram yang dimuatnaik oleh usahawan dan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang menitipkan nasihat khusus buat para wanita.
Dalam hantarannya pada September lalu, Ustaz Ebit mengingatkan para suami untuk sentiasa mengangkat darjat seorang isteri dan tidak menzalimi mereka.
Ebit Lew Nasihat Para Suami Hargai & Angkat Martabat Isteri Dengan Membahagiakanya!
Menurut Ebit Lew lagi, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak terhitung sekiranya kita berusaha untuk membahagiakan pasangan.
“Hargailah dan sayangilah bidadari dalam hidupmu di dunia kerana dialah bakal peneman kita selamanya di syurga nanti. Dialah permaisuri di syurga kita nanti. Amin. Pemberian paling utama bagi seorang suami ialah isterinya. Kewajipannya. Tanggungjawabnya.
“Ramai orang terlupa memberi nafkah pada isteri. Beri sedekah pada haiwan terbiar sahaja menjadi sebab di masukkan syurga. Bayangkan nilai beri makan pada orang miskin dan anak yatim. Betapa besarlah pula nilai amalan memberi nafkah paling utama pada isteri.
“Nilai amalan wajib dan sunat tak sama. Kerana itu membahagiakannya, menggembirakannya membuat kita lebih bahagia gembira. Lebih berkat. Lebih melimpah ruah rezeki dan nikmat. Redha Allah segalanya,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut menyeru kepada para suami untuk sentiasa menjadi pembimbing isteri menuju syurga Allah.
“Bayangkan apalah hadiah Allah pada kita nanti. Saat kita diuji dialah peneman setia. Saat kita sakit dialah yang menjaga kita. Paling mengenal dan memahami kita sentiasa. Isteri anugerah Allah. Orang tanya saya apa buat terus kuat melalui semua ini. Anugerah Allah memiliki bidadari.
“Kerana itu Saidina Ali ra pernah kata maksud doa ya Allah berilah kebaikan dunia dan akhirat. Apakah kebaikan dunia ini? Jawabnya beliau wanita solehah. Mendapat itu dapatlah segalanya nikmat dunia ini.
“Kerana itu tugas kita suami menyayangi dan membimbing isteri kita cinta dan mengenal Allah. Wanita ini lembut dan mudah dibimbing jika kita menawan hatinya.
“Saat kita mendapat hatinya mudahlah kita melenturnya dengan izin Allah. Alang-alang bercinta biarlah sampai syurga. Amin,” kongsinya lagi.
Uqasha Sebak Hingga Menitiskan Air Mata Saat Membaca Dakwah Ringkas Itu
Hantaran tersebut nyata menyentuh hati banyak pihak termasuklah Uqasha sendiri.
Jelas isteri kepada pelakon, Kamal Adli itu, dia sememangnya amat mengagumi keperibadian Ustaz Ebit lebih-lebih lagi dalam aspek menghargai wanita.
“Masyallah sungguh sweet how ustaz @ebitlew mengangkat kaum wanita. Tersentuh saya baca dan mengalir air mata sebak. Sama-sama kita jadikan panduan buat suami isteri,” tulisnya di laman Instagram.
Untuk rekod Uqasha dan Kamal telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 5 November 2021 di dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Uqasha Senrose & Ustaz Ebit Lew