Pelakon, Yusuf Bahrin percaya setiap pasangan suami isteri tidak akan terlepas daripada dugaan dalam berumah tangga.

Menurut Yusuf, dia tahu menjaga batasnya sebagai seorang suami lebih-lebih lagi apabila bergelar selebriti.

“Di Set, Pergaulan Agak Bebas…,” – Buat Perkara Tak Baik Belakang Isteri, Yusuf Bahrin Percaya Karma

“Setiap perkahwinan, ujian itu pasti ada. Ujian saya sebagai lelaki pula lebih kuat apabila di luar terutamanya di set penggambaran. Pergaulan juga agak bebas.

“Saya tak menyalahkan suasana tersebut sebaliknya bergantung kepada diri dan kelemahan saya sendiri. Kalau saya gagal mengatasi kelemahan, habislah saya.

“Namun, saya sentiasa mengingatkan diri kalau saya buat perkara yang tidak baik di belakang isteri, mesti perkara yang tak baik akan berbalik kepada saya. Itu antara pesan ibu saya,” katanya kepada MH.

IKLAN

Pelakon drama Rajuk Karina itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media pengumuman 10 calon akhir Anugerah Telenovela yang berlangsung di ibu negara, pada Khamis.

“Di Set, Pergaulan Agak Bebas…,” – Buat Perkara Tak Baik Belakang Isteri, Yusuf Bahrin Percaya Karma

Sementara itu, bercakap mengenai ego melibatkan pasangan suami isteri apabila salah seorang memiliki kerjaya dan pendapatan yang lebih bagus, Yusuf bersyukur kerana dia dan isteri tidak pernah rasa meninggi diri diantara satu sama lain.

“Alhamdulillah, diantara kami memang tiada masalah ego jika salah seorang daripada kami mempunyai pendapatan yang lebih tinggi. Buat masa sekarang, kami sentiasa bekerjasama.

IKLAN

“Kalau saya ego kerana saya mempunyai pendapatan yang lebih tinggi, apa-apa pandangan dan idea daripada isteri akan susah saya nak terima.

“Bila kami sudah bekerja dan menjalankan bisnes bersama, alhamdulilah, kami memang tiada ego dalam hal tersebut,” ujarnya.

Pada masa sama, isteri kepada Yusuf yang juga merupakan penyanyi, Zizi Kirana mendedahkan dia tidak pernah merasakan dirinya lebih bagus daripada suami sebaliknya dia percaya bahawa pertemuan mereka ini adalah untuk saling melengkapi.

IKLAN

“Di Set, Pergaulan Agak Bebas…,” – Buat Perkara Tak Baik Belakang Isteri, Yusuf Bahrin Percaya Karma

“Walaupun saya lebih tua daripada Yusuf, sejak daripada awal perkenalan, saya tak pernah rasa yang saya lebih berpengalaman dan lebih tahu segala hal dalam dunia ini.

“Bila Allah telah pertemukan kami, saya tahun yang kami akan saling melengkapi. Saya ada kekurangan yang boleh Yusuf lengkapkan. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Terdahulu, Yusuf tercalon bagi dua kategori iaitu Telenovela Popular dan Pasangan Serasi Popular di Anugerah Telenovela ke-9.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI