Usahwan kosmetik, Eriyca Baiduri akhirnya berkongsi foto anak pertamanya, Ahmad Kayden Muhammad Azri di media sosial, hari ini yang sekaligus mencuri perhatian warganet.
Eriyca yang sinonim dengan sapaan Madammu itu turut berkongsi perkembangan bayi lelakinya itu yang kini genap tiga bulan usianya.
“Assalamuikum aunty semua, saya Ahmad Kayden Bin Muhammad Azri! Saya anak bongsu kepada Madammu & TP.
Ads
“Hari ini Genap umur saya 3 bulan, berat badan saya hari ini 6.2 kilogram. Saya sangat aktif dan suka ketawa! Gambar ni khas untuk aunties yang mengikuti journey IVF Mummy saya dari awal sehingga berjaya.
“Tidak lupa kepada Dr Haris (Dari Alpha Fertility, Dr Datuk Aziz (Dari Prince Court) yang banyak membantu Mummy saya dalam proses IVF dan melahirkan saya.
Ads
“Doakan Ahmad Kayden membesar dengan baik & jadi anak taat serta berjaya,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Kemesraan hubungan bersama suami, Aidil Aziz yang sering dikongsikan aktres versatil, Fasha Sandha membuatkan pelakon jelita itu sekali lagi dipilih sebagai duta produk jamu pengeluaran Inayah Beauty iaitu Beunita.
Menurut Fasha, dia berbesar hati selain akui dalam menjamin gaya hidup yang baik, dia sebagai wanita dan ibu perlukan suatu energi terbaik demi keluarga tersayang.
“Bukan mudah untuk menjadi isteri, ibu dan pada masa sama wanita berkerjaya. Saya perlu mengimbangkan kehidupan harian saya.
“Saya juga perlu menjaga hubungan bersama suami. Alhamdulillah Beunita banyak membantu saya dalam memberi tenaga maksima menjadi wanita yang serba boleh.
“Sebagai duta Beunita, saya mahu membantu ramai para para wanita yang mempunyai masalah masalah yang membuatkan mereka hilang keyakinan diri,” katanya.
Bintang drama Scammer ini berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Beunita di Willow Hall, Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina binti Latifi tidak menafikan masalah kebanyakan suami isteri sekarang yang sentiasa sibuk dengan kerjaya membuatkan ramai yang berdepan dengan kehambaran dalam perkahwinan.
“Nak bercinta, mudah. Nak kahwin pun mudah. Tapi nak menjaga keharmonian rumah tangga memerlukan usaha dan kesungguhan daripada pihak suami dan isteri.
“Dan pihak Inayah melihat Fasha antara selebriti yang masih ada ‘spark’ dengan suaminya Aidil. Dan itu perkara yang sangat bagus kerana tidak semua pasangan yang sudah lama berkahwin mempunyai rasa itu.
“Beunita merupakan salah satu konsep produk kami juga, iaitu merapatkan hubungan intim antara suami isteri. Paling penting, kami juga memilih atas dasar Fasha seorang yang sangat komited,” katanya.
Tambah Dini, Fasha Sandha juga dipilih kerana dilihat mampu membawa nama jenama berkenaan atas kapasiti personaliti aktres ini yang terserlah jiwa kewanitaannya.
Proses pembuatan Beunita mengambil masa kira-kira empat bulan dan ia dihasilkan dengan mengambil kira setiap masalah para wanita dan menghasilkan satu produk yang dapat menyelesaikan masalah masalah tersebut.
“Sebelum itu, kami telah pun memberi Fasha mengamalkan jamu ini selama tempoh 1 bulan untuk merasakan keberkesanan produk baharu kami ini. Alhamdulillah, beliau bersetuju untuk berkerjasama setelah mendapat kesan yang positif.
“Setelah mendapat formulasi yang terbaik, kami pun sedia membuat pelancaran bersama Fasha Sandha,” katanya lagi.
Terdahulu, gimik pelancaran yang tular di media sosial itu berkonsepkan “Puteri Perak” yang bermaksud, resepi asli jamu daripada 3 orang bidan Perak dengan menggunakan 20 bahan premium.
Malah, Inayah Beauty yang berasal dari Seri Manjung, Perak juga merupakan salah satu sebab mengapa “Puteri Perak” dijadikan sebagai konsep utama mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, pelakon dan pelawak popular era 1980-an, Mek Habsah dilaporkan meninggal dunia pada usia 67 tahun kira-kira jam 2.45 pagi tadi.
Allahyarham Mek Habsah atau nama sebenarnya Habshah Bakar menghembuskan nafas terakhir di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat penyakit paru-paru.
Cucu Allahyarham, Huraimi Hilman memaklumkan berita kematian neneknya itu menerusi Facebook.
“Selamat berehat nendaku Habshah Bakar. Innalillahiwainnailaihirajiunm. Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,” tulisnya.
Sementara penyanyi Noorshila Amin turut berkongsi berita duka sama menerusi laman Facebook miliknya.
“Dengan rasa hiba dah sedih. Dimaklumkan kekanda Mek Habsah telah kembali ke Rahmahtullah jam 2.30 pagi tadi.
“Dengan rendah hati saya mohon dapatlah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Semoga Allah ampuni dan tempatkan arwah di kalangan para Solihin,” titipnya.
Terdahulu, Mek Habsah difahamkan sudah lama menderita sakit paru-paru dan terpaksa bergantung kepada bantuan pernafasan oksigen.
Jenazah Mek Habsah akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis 1 pada jam 10 pagi ini.
Urusan pengebumian akan dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih Fasa 2, Kuala Lumpur, pada jam 2.30 petang ini.
Imbas kembali, selain membintangi filem dan deretan drama, Mek Habsah juga pernah muncul dengan album atas siri Asam Pedas bersama Allahyarham Datuk Yahya Sulong dan Allahyarham Maidin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal, Datuk Adi Putra berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya, Banoo Khan Mohd telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi Jumaat.
Khabar tersebut dikongsikan sendiri oleh Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim menerusi sebuah hantaran di Instagram.
“Assalamualaikum, dukacita saya ingin maklumkan, bahawa bonda saya Noor Banoo Bte Khan Mohd telah pulang ke rahmatullah jam 11.15 pagi,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini turut memaklumkan jenazah ibunya bakal dikebumikan selepas solat Asar.
“Terima kasih pada semua yang mendoakan. Jenazah bonda saya akan disemadikan di Pusara Aman Singapura selepas Asar,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga Allahyarham ibu Adi ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Beberapa hari lalu, pelakon asal Singapura itu memaklumkan tahap kesihatan ibunya berada dalam keadaan kritikal dan harus melalui prosedur hati di hospital.
Meskipun menerima jemputan untuk menghadiri sesi uji bakat daripada penerbit eksekutif dan pengarah, Puan Sri Tiara Jacquelina, pelakon Amir Ahnaf berpendapat dirinya masih belum bersedia untuk menggalas watak ikonik, Hang Tuah menerusi pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM).