Penampilan tiga artis terkenal tanah air iaitu Noh Salleh, Ernie Zakri dan Atilia Haron bakal menghangatkan Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore (Setengah Lima Menuju Senja) yang bakal diadakan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 30 September ini.

Penganjur Neptunes Present yang juga aktres terkenal,Nabila Huda berkata, Noh akan membuat persembahan secara duet sebanyak dua lagu bersama kumpulan Sore.

“Mereka akan berduet lagu Musim Ujan dari album Sorealist dan satu lagi lagu masih dirahsiakan. Ia juga kejutan buat peminat yang akan datang menyaksikan konsert ini.

“Noh dipilih oleh kumpulan Sore kerana mereka ada pertalian dan sering berkongsi mengenai muzik sejak dulu.

“Muzik dimainkan oleh Noh juga seakan-akan sama dengan muzik kumpulan Sore,” kata anak rockers terkenal, Datuk Amy Search itu.

Selain Noh, kata Nabila, Ernie juga menjadi artis jemputan untuk Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore itu.

“Hasil perbincangan Neptunes Presents dan pasukan Payung Teduh, kami sepakat memilih Ernie sebagai artis undangan kerana karakter suara yang kena dengan tema dan lagu yang akan didendangkan pada malam konsert.

IKLAN

“Ernie juga akan mendendangkan dua lagu Payung Teduh secara duet yang tidak pernah dibawakan secara ‘live’ di Malaysia.

“Ernie akan berduet dengan Payung Teduh menerusi lagu Mari Bercerita dan Berdua Saja.

“Ia juga persembahan duet kali pertama Payung Teduh dengan artis tempatan,” katanya.

Tiga Vokalis Hebat; Noh, Ernie & Atilia Bakal Hangatkan Konsert Payung Teduh X Sore! Tiga Vokalis Hebat; Noh, Ernie & Atilia Bakal Hangatkan Konsert Payung Teduh X Sore!

Manakala, pemilihan Atilia sebagai artis jemputan pula, kata Nabila, ia diputuskan oleh kumpulan Sore sendiri.

IKLAN

“Atilia adalah artis tempatan pertama yang dipilih Sore dan dia juga bakal mendendangkan dua lagu pada malam konsert.

“Atilia juga merahsiakan lagu yang akan didendangkan kerana ia juga istimewa buat peminatnya dan Sore,” katanya.

Mengulas penampilan artis tempatan, kata Nabila, pihaknya berharap ia akan berjaya menghangatkan lagi Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore.

“Kami berharap dengan penampilan beberapa artis tempatan ini akan menghangatkan suasana konsert di samping mengeratkan lagi ikatan antara pemuzik Indonesia dan Malaysia yang berkolaborasi atas platform muzik,” katanya.

IKLAN

Untuk rekod, Payung Teduh yang pernah menjayakan persembahan di Zepp Kuala Lumpur tahun lalu dianggotai Comi Aziz Kariko selaku pemain bass, Alejandro Saksakame (dram) dan Ivan Penwyn (gitar), manakala Pusakata atau nama sebenarnya, Mohammad Istiqamah Djamad adalah bekas vokalis Payung Teduh.

Payung Teduh dan Pusakata yang kini bergabung sebagai Parade Hujan.

Sore pula dianggotai Ade Firza Paloh selaku vokalis dan gitar, Awan Garnida (bass/vokal) dan Bemby Gusti Pramudya (dram).

Payung Teduh popular dengan lagu seperti Akad dan Menuju Senja, manakala Sore pula terkenal dengan lagu Pergi Tanpa Pesan, Setengah Lima dan Mata Berdebu.

Tiket konsert boleh didapati menerusi laman web myticketempire. Pembelian tiket secara ansuran juga ditawarkan melalui Atome.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI