Selepas muncul menerusi filem Gila Gusti, Barbarian Invasion dan kini drama siri Kudeta, ahli gusti profesional dan pelakon, Ayez Shaukat berharap agar lebih ramai produser menyedari tentang bakatnya agar dia tidak perlu kerap mencari tawaran kerja di luar negara.

Menurut Shaukat, meskipun telah menampa nama di Amerika Syarikat, namun, namanya tetap kurang diberikan perhatian di tanah air sendiri.

“Di Sana Rasa Asing, Tak Seperi Di Rumah,” – Tempa Nama Di USA, Ayez Shaukat Sedih Kurang Dapat Perhatian Produser Di Malaysia

“Saya berharap agar lebih banyak pihak dapat memberikan perhatian terhadap bakat lakonan saya. Saya agak sedih sebab pendedahannya agak kurang.

“Saya sudah membawa nama Malaysia sehingga ke Amerika Syarikat. Saya juga terlibat dalam sebuah program televisyen di sana untuk saluran CW milik CBS dan Warner Bros.

“Episod-episod yang saya muncul juga mendapat rating lebih daripada sejuta. Saya bersyukur dengan pencapaian tersebut tetapi bila di Malaysia, ramai produser yang tak pandang pun saya,” katanya kepada MH.

IKLAN

Dalam pada itu, Shaukat turut mendedahkan namanya sering kali ditolak oleh pihak produser kerana dikatakan kurang popular.

“Di Sana Rasa Asing, Tak Seperi Di Rumah,” – Tempa Nama Di USA, Ayez Shaukat Sedih Kurang Dapat Perhatian Produser Di Malaysia

“Saya ada menerima banyak tawaran tetapi akhirnya ditolak kerana dikatakan tidak cukup popular dan bukan selebriti.

“Sebagai seorang pelakon, takkanlah saya asyik nak keluar sampai ke USA. Saya tak kata tindakan itu salah tetapi saya lebih selesa untuk bekerja di Malaysia. Keluarga saya di sini dan saya akan lebih gembira,” ujarnya lagi.

IKLAN

Pada masa sama, pengasas Apac Wrestling ini juga memaklumkan dirinya harus mempunyai semangat yang kuat bagi membiasakan dirinya untuk tinggal di negara orang.

“Di Sana Rasa Asing, Tak Seperi Di Rumah,” – Tempa Nama Di USA, Ayez Shaukat Sedih Kurang Dapat Perhatian Produser Di Malaysia

“Bila di USA, kita rasa diri terlalu asing dan tidak seperti di rumah. Mereka di sana pun tak pernah tengok orang Melayu dan jadi muslim di sana pun agak susah. Makanan pun saya kena masak sendiri.

“Apapun, saya tetap bersyukur sebab punyai karier di USA. Bayarannya pun bagus tetapi untuk bekerja dan menetap di sana, ia bukan sesuatu yang saya ingin lakukan untuk jangka masa panjang.

IKLAN

“Misal kata, memang tiada rezeki saya di Malaysia, saya tetap akan terus menerima tawaran di sana,” akhirinya.

Terdahulu, menerusi drama siri Kudeta, Shaukat membawakan watak antagonis utama sebagai Xander.

Drama ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Vanidah Imran, Adlin Aman Ramli, Aqasha dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Ayez Shaukat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI