Mengakui mempunyai hubungan yang sedikit renggang, kedua-dua anak lelaki penyanyi Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani, 21, dan Zaki Yamani, 16, berharap pembabitan kedua-duanya dalam program realiti Famili Duo dapat ‘memulihkan’ hal itu.
Menurut Zaki, hubungannya dengan Osama tidak berapa rapat sejak abangnya itu berpindah ke Sekolah Seni Johor pada usia 14 tahun.
“Kami jadi kekok setiap kali bertemu di acara hiburan dan tak tahu apa nak dibualkan.
“Saya harap pembabitan dalam Famili Duo akan membuka satu peluang untuk kami kembali rapat seperti mana ketika waktu kecil dulu,” katanya kepada MH.
Osama pula berharap pembabitannya bersama Zaki dalam program itu akan membuatkan bapanya bangga dengan pencapaian mereka dalam bidang seni.
Malah, dua beradik ini juga sudah merancang untuk tampil dengan single duet bersama selepas ini.
“Saya nak babah (Jamal) bangga apabila industri hiburan mempertemukan kami adik-beradik.
“Selain program Famili Duo, kami merancang menghasilkan single duet bersama. InsyaAllah, kami akan fokus mencari karya yang bersesuaian selepas program realiti ini,” katanya.
Ads
Osama dan Zaki merupakan antara pasangan selebriti yang mengambil bahagian dalam Famili Duo musim terbaharu yang bersiaran bermula malam tadi di TV3.
Selain mereka, rancangan yang dihoskan Sean Lee dan Janna Nick itu turut menampilkan pasangan selebriti seperti Bella Astillah dan Wani Kayrie yang mempunyai pertalian sepupu, Naim Daniel dan Sissy Iman (sepupu) dan Sabhi Sadhi dan Fareed K-Clique (adik-beradik).
Turut bersaing, Siti Norsaida dan Siti Nursaerah (adik-beradik), Ayda Jebat dan Fyna Jebat (adik-beradik) serta Ara Johari dan Shafiq Erwin (sepupu).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Osama Yamani, Zaki Yamani & TV3 Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon asal Singapura, Hannah Delisha kini tampil ayu dengan mengenakan hijab, sejak empat hari lalu.
Bintang yang dikenali menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer menerusi Berita Harian menjelaskan, dia mulai pasang niat untuk bertudung sejak Ramadan.
“Jika ikutkan, saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.
“Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah. Alhamdulillah.
“Saya mula bertudung sejak empat hari lalu. Namun, hanya berkongsi berita penghijrahan dalam laman sosial, semalam,” katanya seperti yang dipetik.
Penyanyi dan pengacara, Neeta Manisha meluahkan rasa kesal selepas ada pihak bertindak mempersoalkan mengenai warna kulitnya di ruangan komen di Instagram.
Menurut Neeta, ini adalah perkara yang sering dilaluinya sepanjang bergelar anak seni.
Rasa kesal tersebut dikongsikan menerusi laman Twitter miliknya.
Bagaimanapun, vokalis kumpulan Iamneeta itu menjelaskan individu tersebut telah pun telah pun membuat permohonan maaf dan menyedari akan kesilapannya itu.
The dude apologised, i maafkan dia. Harap lepas ni dia aware sikit dgn apa dia tulis, and hopefully dia belajar jugak from his mistake.
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi bertanya kepada ramai apa kesalahan dirinya selepas bakal melancarkan single raya terbaru, Khamis ini.
Menurut Aliff yang sahaja menyambut kelahiran anak keenam, dia mendakwa kebanyakan pendengar tidak pandai menilai sebi suara seseorang.
“Apa salah saya awak. Esok dah nak relase ni awak. Ramai rakyat Malaysia tak pandai menilai seni suara.
“Suara saya unik macam Michel Jakcson, mohon terima dan akur saya artis nombor satu Malaysia. Suara saya sedap dan merdu. Muktamad,” tulisnya menerusi hantaran terkini di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, peminat termasuk rakan selebriti meninggalkan komen masing-masing.
Terdahulu Aliff turut menerima perhatian selepas reaksinya pada ruangan komen Instagram penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat respon bintang berkenaan.
Menerusi komen berkenaan, Aliff memuji Siti yang menjadi idolanya dan sempat bertanya sama ada penyanyi lagu Cindai itu mengenalinya atau pun tidak.
Siti secara santai menjawab dia sememangnya mengenali Aliff yang merupakan penyanyi nombor satu negara.
Malah Siti mengakui dia berada di belakang hero filem Badang itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera, bakal memulakan tugasnya sebagai penyampai di stesen radio Era FM bermula Isnin depan.
Pengumuman...