Laman Facebook (FB) Public Health Malaysia  memuat naik posting susulan tindakan dilakukan aktres Maya Karin, yang berdepan detik cemas apabila diserang ‘panic attack’ ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) di Encore, Melaka baru-baru ini.

Laman tersebut memuji tindakan pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu yang dilihat berjaya tangani masalah tersebut dengan baik.

“Maya Karin yang menjadi penyampai Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di lihat mula alami  serangan panik sebaik sahaja berada di pentas. Mujur ada “Roy” yang menjadi penyelamat membantu Maya melakukan teknik grounding bagi meredakan situasi.

“Kasut dilepaskan merupakan salah satu cara untuk grounding selain mengambil nafas (deep breathing). Grounding adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik.

“Dalam proses ini, anda mengenal pasti objek di sekeliling anda untuk membantu otak anda mengenali di mana anda berada,” tulis laman terbabit.

IKLAN

Malah, apa yang dilakukan Maya juga membantu untuk mewujudkan rasa selesa sekaligus berjaya mengawal keadaan.

“Kasut Dilepaskan, Salah Satu Cara Untuk…,” – Public Health Malaysia Puji Cara Maya Karin Tangani Panic Attack

“Hanya yang mengalami masalah ini benar benar faham situasi yang dialami kelmarin. Jika tidak di tangani dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan pesakit boleh pitam.

IKLAN

“You did very well Maya! dan telah melakukan tugasan di pentas besar dengan baik,” jelas laman terbabit lagi.

Terdahulu, Maya secara spontan menanggalkan kasut tinggi yang dipakai bagi melegakan perasaan ketika bersama-sama dengan pelakon Faizal Hussein bagi menyampaikan anugerah.

Maya kelihatan cemas dan suaranya terketar-ketar sebelum terpaksa berpaut pada Faizal untuk membantunya menanggalkan kedua-dua sepatu yang disarungnya bersama dres hitam.

IKLAN

Maya profesional meneruskan tugasnya untuk menyampaikan trofi pada malam itu dengan hanya berkaki ayam sebelum berlalu ke belakang pentas sejurus selesai melakukan tanggungjawab.

“My hero malam itu. Sangat gentleman, siap kutip kasu saya yang tertinggal atas pentas,” ujar Maya memuji tindakan rakan penyampainya, Faizal Hussein.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI