Pelakon, Bell Ngasri berharap agar orang ramai tidak terlalu cepat mengkritik tindakannya yang tidak memakai jaket keselamatan sewaktu menaiki bot ketika meninjau salah sebuah kawasan yang teruk terjejas akibat musibah banjir di negeri Terangganu.

Menurut Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri, segala peralatan di kawasan bencana sememangnya terhad dan dia juga hanya melawat lokasi-lokasi yang kurang bahaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bell Ngasri (@bellngasriofficial)

“Ini bukan rancangan memancing tapi semalam misi mbantu mangsa banjir. Air bergoncang. Pasti ada netizen nak hentam saya tak pakai baju keselamatan.

“Tapi saya nak bagitahu, saya berlegar di tepian je dan masa musibah, benda bukannya semua ada persediaan. Tau nak hentam je kerja korang ni,” tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem 18 Puasa Di Kampung Pisang itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Katanya lagi, daripada kita sibuk mencari kesalahan, lebih baik kita sama-sama membantu bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir ini.

IKLAN

“Saya siap naik bot pon bukan dalam sungai. Bawah tu ada jalan raya, bus stop dan lain-lain.

“Ni pon orang-orang yang bantu. Dari korang duk sibuk aku pakai baju, elok korang datang tengok sendiri. Sudahla,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memuji usaha Bell untuk membantu mereka yang terkesan.

IKLAN

“Salute Bell. Semoga urusan dipermudahkan dan mendapat keberkatan,” balas pelakon, Azhan Rani.

“Semoga dipermudahkan semua. Jaga diri baik-baik,” komen pelawak, Ropie.

“Hati-hati Bell. Jaga keselamatan diri tu juga,” balas seorang netizen.

IKLAN

“Disarankan untuk memakai life jacket. Harap peristiwa buruk tak berlaku,” kata seorang lagi netizen.

Terdahulu, Bell telah berada di Terengganu bagi menyertai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi misi menyampaikan sumbangan buat mereka yang terjejas akibat musibah banjir di Pantai Timur.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Bell Ngasri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI