Usahawan, Asyraf Khalid, menzahirkan rasa bangga diatas pencapaian ibu tirinya yang juga merupakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza selapas berjaya membeli sebuah rumah di Dubai.

Munurut Asyraf, kejayaan tersebut ternyata menjadi inspirasi buat dia dan isteri untuk bekerja lebih keras bagi mencapai impian mereka.

“Lepas Ni Tak Payah Sewa Hotel Dah,” – TokTi Beli Rumah Di Dubai, Asyraf Khalid Tumpang Gembira

“Tahniah Mak Iti untuk pembelian hartanah pertama di Dubai. Saya sangat gembira dan bangga dengan pencapaian Mak Iti. Ia sangat memberi inspirasi buat saya dan Tya.

“Doakan satu hari nanti, Ap (Asyraf) pun boleh ikut jejak langkah Mak Iti. Ap doakan Allah akan murahkan lagi rezeki ayah dan Mak Iti,” tulisnya.

IKLAN

Perasaan bangga itu dikongsikan sendiri oleh suami kepada usahawan dan pelakon asal Indonesia, Tya Arifin itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.

Katanya lagi, kesemua ini dapat menjadi kenyataan kerana usahanya keras Siti yang sentiasa memberikan yang terbaik didalam kerjayanya sebagai seorang anak seni.

IKLAN

“Mak Iti selayaknya untuk memiliki semua ini disebabkan kerja keras tanpa henti bagi memberikan kesempurnaan di dalam kerjaya seni.

“Jadi, kalau lepas ni Ap ke Dubai, tak payah la sewa hotel dah,” ujarnya lagi.

IKLAN

Terdahulu, Siti ketika ini sedang berada di Dubai bersama suami dan anak-anaknya.

Malah, menerusi beberapa hantaran di Instagram stories, penyanyi lagu Purnama Merindu ini ada berkongsi keadaan sekeliling sebuah rumah di Dubai dengan meletakkan stickers gif ‘home sweet home’ beserta kapsyen ‘Alhamdulillah’.

Sekadar info, Siti berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Asyraf Khalid & Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI