Selepas kejayaan drama, Melur Untuk Firdaus, populariti pelakon, Meerqeen semakin memuncak bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara sebarang.

Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa nama Meerqeen turut menjadikan pilihan para pengarah untuk membintangi naskah-naskah di Indonesia.

Terbaru, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam memaklumkan dia telah memutuskan untuk menangguhkan dahulu hasrat ke Indonesia meskipun sudah menerima beberapa tawaran filem

Menurutnya, dia mahu memberikan fokus untuk sekual drama, Melur Untuk Firdaus 2 yang kini sedang giat menjalani penggambaran.

“Di Indonesia, Mereka Sanggup Tunggu” – Tangguh Offer Berlakon Dengan Refal Hady, Meerqeen Dahulukan Sequel Melur Untuk Firdaus “Di Indonesia, Mereka Sanggup Tunggu” – Tangguh Offer Berlakon Dengan Refal Hady, Meerqeen Dahulukan Sequel Melur Untuk Firdaus

“Alhamdulillah, saya ada menerima dua hingga tiga tawaran filem di sana. InsyaAllah, kalau ada rezeki, masa dan jalannya, saya akan pergi.

“Bagaimanapun, buat masa sekarang, saya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap karya-karya di tanah air.

IKLAN

“Bunyinya mungkin macam tak masuk akal tapi saya mahu fokus untuk projek Melur Untuk Firdaus 2. Tiada siapa yang boleh menggantikan saya dan watak Firdaus. Jadi, ini keutamaan saya sekarang,” katanya.

Meerqeen berkata sedemikian ketika ditemui media pada acara Gempak Most Wanted Award 2022 (GMWA2022) yang berlangsung baru-baru ini.

“Di Indonesia, Mereka Sanggup Tunggu” – Tangguh Offer Berlakon Dengan Refal Hady, Meerqeen Dahulukan Sequel Melur Untuk Firdaus “Di Indonesia, Mereka Sanggup Tunggu” – Tangguh Offer Berlakon Dengan Refal Hady, Meerqeen Dahulukan Sequel Melur Untuk Firdaus

Ketika ditanya adakah dia ralat apabila terpaksa menangguhkan dahulu tawaran-tawaran tersebut, bintang kelahiran Hero Remaja 2020 ini percaya jika ada rezeki, namanya tetap akan dipilih satu hari nanti.

IKLAN

“Jadual yang mereka berikan agak bertembung. Jadi, saya pilih drama ini dahulu berbanding filem di sana. Bagaimanapun, saya hanya minta tawaran tersebut ditangguhkan dahulu buat masa sekarang.

“Di Indonesia, kalau mereka mahukan seseorang pelakon itu, mereka sanggup tunggu sehingga pelakon tersebut punyai jadual yang sesuai. Jadi, tawaran tersebut belum dibatalkan lagi sama ada daripada pihak saya atau pihak di sana,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Meerqeen turut mendedahkan dia sebenarnya tidak mahu melepas peluang berlakon di Indonesia lebih-lebih lagi selepas diberitahu bakal bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat di sana.

“Melebarkan sayap di Indonesia itu memang menjadi impian ramai pelakon di Malaysia. Kalau harus menetap lama di sana pun, bukan satu masalah.

IKLAN

“Cuma keutamaan saya sekarang adalah untuk menyempurnakan kerja-kerja di Malaysia dahulu.

“Khabarnya, tawaran-tawaran tersebut akan menggandingkan saya dengan pelakon-pelakon terkenal Indonesia seperti Refal Hady dan beberapa nama besar yang lain,” akhirinya.

“Di Indonesia, Mereka Sanggup Tunggu” – Tangguh Offer Berlakon Dengan Refal Hady, Meerqeen Dahulukan Sequel Melur Untuk Firdaus “Di Indonesia, Mereka Sanggup Tunggu” – Tangguh Offer Berlakon Dengan Refal Hady, Meerqeen Dahulukan Sequel Melur Untuk Firdaus

Pada acara GMWA2022 Meerqeen telah berjaya membawa pulang dua anugerah memerusi kategori Video Trending Tergempak dan Drama Trending Tergempak (Melur Untuk Firdaus).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Meerqeen

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI