Adik Kyfa Nishka

Berkongsi berita duka melibatkan bayi berumur 3 bulan, Kyfa Nishka yang menghidap ketumbuhan buah pinggang dan kanser, Puteri Sarah Liyana menerusi entri terbaru di Instagram ada berkongsi hal berkenaan.

Menerusi tajuk yang dikongsi daripada satu artikel, bayi istimewa ini difahamkan tidak mampu bersuara dan tidak boleh melihat akibat kanser otak yang menyerang.

“Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bersedekah pahalanya 10, memberi hutang (tanpa bunga) pahalanya 18, menghubungkan diri dengan kawan-kawan pahalanya 20 dan silaturahim (dengan keluarga) pahalanya 24.” (riwayat al-Hakim).

IKLAN

"Kepada yang nak membantu, ibu kepada baby nishka @kheriy_khairiah boleh salurkan sumbangan untuk chemo baby nishka, membeli peralatan boleh ke account CIMB 7002814262 tulisnya.


Terdahulu, adik Kyfa Nishka Al Kautsar Mohd Farham disahkan menghidap kanser otak, Medullablastoma tahap 4 selepas 21 hari dilahirkan.

IKLAN

Malah, bayi ini turut disahkan menghidapi ketumbuhan di buah pinggang kiri sepanjang dua sentimeter ketika berusia tiga bulan.

Meski telah menjalani pembedahan sebanyak tiga kali bagi membuang tumor di kepala, namun saiz tumor tersebut dikatakan terus aktif.

IKLAN

Sebarang sumbangan boleh didermakan terus ke akaun ibu bayi comel ini – CIMB 7002814262 (Khairiah bt Kamarudin).

Foto : Instagram Puteri Sarah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI