Insiden melibatkan pelawak Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet dengan pengawal keselamatan, Yahya Manap bulan lalu kini berakhir menerusi cara paling mulia.

Keduanya saling bermaafan ketika masing-masing bertemu di sebuah premis malam tadi.

Menerusi keratan video dari Instagram BH Online, Lan dan Yahya atau mesra disapa Pak Ya dilihat bersalaman dan meminta maaf di atas insiden yang berlaku pada 6 April lalu itu.

“Sekarang ni bukan kerana wang, kerana kesilapan masing-masing untuk berbuat baik. Malah bulan Ramadhan pun nak dekat dah..

“Kita buang yang keruh, kita ambil yang jernih..

“Saya bukannya pendendam… Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka,” kata Yahya. 

IKLAN

Dalam pada itu, Lan turut berasa kesal atas tindakannya yang mengasari warga emas terbabit.

“Saya rasa diri ini lemah sangat. Lepas kejadian macam ni saya nak minat maaf..

IKLAN

“Ia makan masa berminggu.. Dengan nyawa dan roh badan, saya dengan humble nak minta maaf pada Pak Ya, anak-anak dan keluarga untuk pertemuan sesi maafkan saya.

“Itu niat saya.. terima kasih Pak Ya umur dah 68 pun masih berkerja dan dapat maafkan saya lagi,” balas Lan rendah diri. 

IKLAN

Terdahulu, Lan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku bersalah memukul Pak Ya.

Malah, abang ipar kepada pelakon Rozita Che Wan itu juga mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof.

Sumber : Instagram Berita Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI