Bagi sesetengah pihak , kehilangan haiwan peliharaan ada kalanya akan meninggalkan kesan yang mendalam pada diri seseorang.

Perkara sama turut dilalui oleh Lara Alana yang juga merupakan anak kepada pasangan popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya selepas kematian ikan laga yang dipeliharanya sejak lapan bulan yang lalu.

Kisah menyayat hati itu dikongsikan oleh Lara menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

“Dengan Kita Sekali Nangis,”- Ikan Laga Peliharaan Mati, Tangisan Lara Alana Buat Ramai Tersentuh, Pertama Kali Kehilangan “Dengan Kita Sekali Nangis,”- Ikan Laga Peliharaan Mati, Tangisan Lara Alana Buat Ramai Tersentuh, Pertama Kali Kehilangan

“Berkali kali Lara ulang perkataan ni.. tapi Allah lebih sayang kan Sushi. Sekarang baru Lara tau, yang we can never be ready for a situation like this.

IKLAN

“Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang,” tulis pengendali akaun tersebut.

Jelasnya lagi, ikan laga yang diberi nama Sushi itu merupakan peneman mereka sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac lalu.

IKLAN

“Masa Auntie Joy bagitau yang Sushi dah takde, Lara tak faham lagi. Lara ingat bila kita feed dia, dia akan hidup balik.. Tapi rupanya Sushi dah pergi buat selamanya..

“Thank you Sushi kerana menggembirakan hidup kami selama 8 bulan especially time PKP haritu. Sekejap je kita dapat bersama.

IKLAN

“Rest well my sushi, you will be missed,” luahnya.

Video berdurasi hampir empat minit itu nyata meruntun jiwa banyak pihak yang sebak melihat keadaan Lara yang menangis teresak-esak sewaktu ingin menanam bangkai ikan tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyifat Lara memiliki hati yang sangat mulia dan berharap agar dia kuat menghadapi perkara tersebut.

“Dengan Kita Sekali Nangis,”- Ikan Laga Peliharaan Mati, Tangisan Lara Alana Buat Ramai Tersentuh, Pertama Kali Kehilangan “Dengan Kita Sekali Nangis,”- Ikan Laga Peliharaan Mati, Tangisan Lara Alana Buat Ramai Tersentuh, Pertama Kali KehilanganSumber: Instagram Lara Alana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI