Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar memaklumkan isterinya, Dr. Halina telah selamat melahirkan bayi kembar mereka pada Jumaat.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Dr. Sheikh menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, Dr. Muszaphar turut menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercintanya itu.

Menurut Dr. Muszaphar, walaupun dia menanti dengan penuh debar, segalanya berbaloi saat bayi kembarnya itu dilahirkan.

“Ini Adalah Kali Kedua Isteri Harus Berhadapan Dengan Alat Bedah Tapi…,” – Dr Harlina Selamat Bersalin Bayi Kembar, Dr. Sheikh Muszaphar Gembira Dalam Syukur! “Ini Adalah Kali Kedua Isteri Harus Berhadapan Dengan Alat Bedah Tapi…,” – Dr Harlina Selamat Bersalin Bayi Kembar, Dr. Sheikh Muszaphar Gembira Dalam Syukur!

IKLAN

“Perjalanan menuju ke bilik pembedahan. Ia seperti perjalanan yang sangat panjang. Pengorbanan yang si ibu harus lalui. Alangkah bagusnya kalau saya dapat ganti tempat Doktor Halina.

“Ini adalah kali ke dua isteri saya harus berhadapan dengan alat bedah. Tapi satu perkara yang saya yakin, semuanya berbaloi saat bayi dilahirkan,” kongsinya.

Kongsi bapa kepada empat orang anak itu lagi, isteri dan bayinya itu kini berada dalam keadaan yang baik dan sedang berehat.

IKLAN

“Bayangkan bau baby tersebut. Betapa kecilnya mereka. Kulit mereka yang berwarna merah jambu dan rambut lebat mereka. Semuanya berbaloi. Itu adalah versi mini saya.

“Salam sayang kepada semua. Alhamdulillah pembedahan tersebut telah berjaya. Mommy dan babies sedang berehat. Saya pun begitu,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan semoga segala urusan bayi dan Dr. Halina dipermudahkan.

IKLAN

“Ini Adalah Kali Kedua Isteri Harus Berhadapan Dengan Alat Bedah Tapi…,” – Dr Harlina Selamat Bersalin Bayi Kembar, Dr. Sheikh Muszaphar Gembira Dalam Syukur! “Ini Adalah Kali Kedua Isteri Harus Berhadapan Dengan Alat Bedah Tapi…,” – Dr Harlina Selamat Bersalin Bayi Kembar, Dr. Sheikh Muszaphar Gembira Dalam Syukur!

Terdahulu, Dr Muszaphar berkahwin dengan Dr Halina Mohd pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Sumber: Instagram Datuk Dr. Sheikh Muszaphar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI