Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta berjenama, Honda CR-V kepada ibu mertuanya.
Aliff turut berkongsi momen manis itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Bukan itu sahaja, Aliff juga meluahkan rasa gembira kerana berpeluang menghadiahkan kereta kesukaan ibu mertuanya.
“Setuju tak?? Bila kita bahagiakan orang automatik kita rasa bahgia kan!!
Ads
“Saya happy sangat hari ni sebab dapat belikan kereta kegemaran Mak mertua saya…buka main happy dia dapat kereta ni…maklum la dari zamna muda mengidam nak pakai akhirnya dapat juga…kalau x ada merek x pasti sy ada isteri sebaik @shahidadherbs,
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bobo Di Mana turut memberitahu adalah sangat penting untuk berbuat baik dan berbakti kepada ibu mertua.
Ads
“Bagi sy..kita kena berbuat baik dgn mertua sebab kalau tak kerana mertua kita mungkin saya x dapat isteri saya seperti sekarang…kerana didikan mertua juga kita dapat pasangan yg baik……
Ads
“selagi ada hayat,berbaktilah pada ibu bapa dan mertua kita…..sebab doa2 mereka kita berjaya sehingga kini❤️@rohanihassan7561,” tulisnya lagi.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sering kali ditawarkan membuat persembahan tanpa kehadiran anggota kumpulan Boboy yang lain, membuatkan vokalisnya, Naqiu tampil dengan pendiriannya sendiri selepas ini.
Menurut Naqiu atau nama sebenarnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib, 36, dia akan menolak mana-mana tawaran yang mana hanya ingin menggunakan khidmatnya sahaja tanpa kehadiran rakan-rakan dalam Boboy.
“Perkara ini memang dah lama kami pendam sebab kami selalu tak dapat peluang untuk bermain sebagai sebuah band.
“Sebelum ini saya sering dipanggil untuk buat persembahan nyanyi lagu Boboy tapi main dengan pemuzik lain.
“Kiranya macam saya dah salah guna nama Boboy itu. Walaupun abang-abang saya (ahli kumpulan Boboy) cakap ini rezeki saya tapi takkan mereka tiada tempat untuk tunjukkan apa yang mereka nak tunjuk (main muzik).
“Kalau saya di tempat mereka pun, saya akan terasa hati. Saya tak faham, kenapa terima kami sebagai sebuah band tapi tak nak panggil kami satu kumpulan untuk bermain secara live,” katanya kepada MH.
Naqiu ditemui pada majlis pradengar single terbaharu Boboy, Tetap Bersama yang diadakan di Tropical Klup Restaurat & Bar, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bercerita lebih lanjut mengenai ‘comeback’ Boboy, Naqiu berkata lagu tersebut merupakan hadiah bagi mengubati kerinduan dan penantian peminat mereka selama ini.
“Lagu Tetap Bersama ini diterbitkan dengan mengekalkan elemen atau ‘signature’ lagu-lagu lama kami.
“Secara tak langsung, lagu ini dekat dan relevan dengan peminat. Kami tidak mahu identiti dan memori yang melekat tentang jenama dan perjuangan Boboy berubah hanya kerana kami mahu mencuba sesuatu yang baru untuk projek ‘reunion’.
“Kami mahu peminat masih dapat mengaitkan lagu ini dengan lagu-lagu Boboy yang pernah mereka kenal 20 tahun dulu.
“Cuma, susunan dan penerbitannya saja lebih matang dan moden, seiring dengan perubahan masa,” kata Naqiu mewakili ahli kumpulan yang lain.
Selain Naqiu, Boboy yang pernah mencetuskan fenomena pada awal era 2000 turut dianggotai Shah selaku gitar utama, Didi (pemain bass) dan Dzul (pemain dram).
Lagu Tetap Bersama dilancarkan di semua platform penstriman muzik digital bermula 22 Julai lalu. Ia merupakan lagu ciptaan Naqiu manakala liriknya pula dihasilkan oleh Wit dan Mohsen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Boboy, Naqiu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas genap 40 hari pemergian bapa tersayang Allahyarham Basir Ahmad, pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan kehilangan tersebut memberikan impak yang besar di dalam kehidupannya.
Menurut Sharnaaz, antara perkara yang paling dirindukannya adalah panggilan telefon daripada arwah setiap kali bila dia bekerja di lokasi penggambaran.
“Apa khabar pa? Apa khabar papa di sana? Pada luaran, saya okay sahaja kerana terpaksa. Namun, dalam hati ini, saya masih berharap agar nama papa muncul di skrin telefon saya.
“Papa akan tanya shooting macam mana? Dah nak habis ka? Yes pa, shooting nanaih dah nak habis ni and yes film ni best pa.
“And you will always said at the end of the call is cek jaga diri elok elok naa and go do your work, papa saja ja call cek” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Polis Evo 3 itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Sharnaaz Rindu Arwah Bapa
Pada masa sama, Sharnaaz turut memaklumkan dirinya kini sanggup bekerja keras setiap hari demi menghilangkan kerinduan yang menebal terhadap bapanya itu.
“Papa, 40 hari dah papa tinggalkan kami. Saya berkerja hari-hari tanpa henti hanya untuk jadikan saat ini lebih mudah tapi bila nak habis ni, susah pa.
“Saya sangat rindukan papa. Saya seorang lelaki. Saya tidak akan cakap saya sayang atau peduli tapi saya akan tunjuk. Saya minta maaf seandainya saya pernah menyakiti dan buat papa tidak berasa bangga,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, memori bersama bapanya akan sentiasa kekal dalam ingatannya hingga ke akhir hayat.
“Yes i am a bad boy, but i hope never a bad son to you. Selama 40 tahun ini, terima kasih kerana beri saya peluang untuk menjadi anak papa.
“Saya sangat bertuah mempunyai papa sebagai ayah. Jika dapat putarkan masa kembali, boleh tak kita main sekali kagi wau (layang-layang) depan rumah macam dulu-dulu? Sekali pun jadilah papa,” akhirinya.
27 November lalu, Sharnaaz berkongsi khabar duka pemergian bapa tercinta yang meninggal dunia pada pukul 1.40 pagi.
Sharnaaz bagaimanapun tidak berkongsi lebih lanjut mengenai punca kematian bapanya namun, sebelum ini pernah berkongsi Allahyarham mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, akhirnya mengesahkan ikatan perkahwinan mereka apabila berkongsi gambar di atas pelamin, sekali gus menamatkan segala spekulasi mengenai...