Pelakon dan pelawak, Zizan Razak ada berkongsi sebuah video memaparkan dirinya sedang membantu seorang wanita yang rosak keretanya secara tiba-tiba di pertengahan jalan.

Menurut Zizan, ada hari kita hanya akan mampu melihat dan apabila kesusahan berlaku di depan mata, hendaklah kita menolong.

Video berdurasi hampir tiga minit itu memperlihatkan Zizan sanggup memberhentikan keretanya lalu berjalan meredah jalan sesak bagi menghampiri kereta wanita tersebut.

“Padu Zan, Jarang Ada Artis Macam Ni, – Redah Jalan Sesak Untuk Bantu Wanita Kereta Rosak, Tindakan Zizan Razak Ini Raih Pujian Semua

“Ringankan beban hulurkan bantuan. Tapi kadang ada hari yang kita mampu tolong dan kadang ada hari yang kita tidak mampu tolong.

“Sekurangnya kita cuba tolong. Rasanya kereta akak ni gearbox problem kot,” tulisnya.

IKLAN

Entri tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Polis Evo itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Malah, Zizan turut dilihat membantu mengawal keadaan lalu lintas sementara menunggu ketibaan bantuan.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakkan yang ditunjukkan oleh Zizan itu.

IKLAN

“Padu Zan, Jarang Ada Artis Macam Ni, – Redah Jalan Sesak Untuk Bantu Wanita Kereta Rosak, Tindakan Zizan Razak Ini Raih Pujian Semua “Padu Zan, Jarang Ada Artis Macam Ni, – Redah Jalan Sesak Untuk Bantu Wanita Kereta Rosak, Tindakan Zizan Razak Ini Raih Pujian Semua

Video berkenaan nyata menarik perhatian netizen selepas meraih hampir 400,000 jumlah tontonan malah turut dihujani ratusan komen.

Terdahulu, Zizan merupakan salah seorang daripada sembilan juri yang mengadili program hiburan realiti, The Masked Singer Malaysia.

IKLAN

Selepas tujuh minggu bersiaran, program tersebut akhirnya menemui kemuncaknya malam ini.

Lima peserta yang bakal berentap di pentas akhir nanti ialah Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang dan Bunga Raya.

Pentas akhir The Masked Singer Malaysia akan bersiaran pada 9.00 malam dari Royal Teater, Shah Alam menerusi saluran Astro Warna (127) dan Warna HD (107).

Sumber: Instagram Zizan Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI