Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa bakal melancarkan aplikasi islamik yang dikenali sebagai ‘The Noor’ tidak lama lagi.
Berita mengenai pelancaran aplikasi tersebut dikongsi Neelofa menerusi Instastories miliknya.
Sementara itu menerusi muat naik di Instagram @thenoor.app, aplikasi berkenaan dilihat memberikan gambaran perihal kandungannya yang berkaitan gaya hidup Muslim.
Bagaimanapun, masih belum ada maklumat mengenai perincian kandungan yang bakal dimuatkan dalam aplikasi berkenaan.
Ads
Namun Neelofa berharap agar aplikasi ini dapat memberi manfaat kepada seluruh umah islam.
“My new baby. Mudah kan lah ya Allah. Moga ramai yang akan dapat manfaat dariNya,” tulisnya.
Ads
Ads
Aplikasi The Noor ini sangat unik kerana ia mempunyai 5 pilihan bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Tamil, Cina dan Indonesia.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai inisiatif pelakon, Lana Nordin yang menjemput seorang ustazah bagi mengajar anak dan juga suaminya yang juga merupakan seorang muallaf mengenai cara-cara menunaikan solat dengan betul.
Gini giliran seorang lagi pelakon iaitu Sarah Hildebrand untuk melakukan perkara yang sama.
Terbaru, Sarah ada berkongsi sebuah hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram memaparkan suaminya, Otto Gillen sedang duduk diantara dua sujud di atas tikar sejadah panduan solat.
Pada tikar sejadah tersebut, telah tertera segala rukun solat bagi sesiapa sahaja yang ingin mengikutinya.
Menurut Sarah, entri tersebut bukanlah bertujuan sebagai iklan berbayar sebaliknya dia hanya ingin berkongsi mengenai manfaat tikar sejadah tersebut.
“Ini bukan iklan berbayar dan saya juga tidak menjual produk ini, tetapi saya hanya berkongsi untuk mereka yang berminat membeli tikar sembahyang ini untuk rakan mualaf, anak-anak, atau untuk seseiapa yang ingin belajar serta perbetulkan solat mereka,” tulisnya.
Perkongsian berkenaan ternyata mendapat reaksi positif dikalangan netizen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha tersebut selian turut menitipkan doa semoga urusan pasangan tersebut sentiasa dipermudahkan.
Terdahulu, Sarah telah pun mendirikan rumah tangga bersama Otto yang juga merupakan jejaka berdarah kacukan Filipina dan Amerika itu pada tanggal 3 November 2019.
Sumber: Instagram Sarah Hildebrand
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Elizad Sharifuddin memaklumkan telah mengalami pendarahan dan keguguran selepas disahkan hamil minggu lalu.
Elizad atau nama lengkapnya Siti Elizad Sharifuddin berkongsi khabar berita itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Difahamkan, Elizad telah menjalani rawatan kesuburan pensenyawaan in-vitro (IVF) dalam usaha untuk mendapatkan zuriat, awal Oktober lalu.
“Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas . Tapi DIA ambil balik. Terjentik sungguh “ RASA “ itu .
“Dimaklumkan pregnant minggu lepas . Masyaallah dia punya happy tak tau nak kata , sbb dah lama menanti , tapi kandungan x kuat & bleeding .
“Tak tau nak gambarkan perasan mcm mana . Terduduk seketika .
“Tak mengapa, Inshaallah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying. See you again Doctor on January 2021.
“Thank you to those who been very supportive & keep praying for my ivf journey.
“P/s : Now nak makan macam2 setelah beberapa hari “ merajuk hati “ . Ada sesiapa nak belanja makan2 ?,” tulisnya.
Sekadar informasi, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Shamsul memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Foto: Instagram Elizad Sharifuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memetik laporan Astro Awani, Amin memfailkan tuntutan tersebut selepas dikatakan telah dihalang untuk bertemu dengan dua anaknya, Edlynn Zamileen,15, atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 13, yang popular dengan panggilan Kacak.
Bapa berusia 42 tahun itu memberitahu, dia amat merindukan kedua-dua anaknya itu dan hanya mengetahui perkembangan mereka melalui media sosial atau pun televisyen.
Difahamkan kali terakhir mereka bertemu adalah pada dua tahun lalu di ibu pejabat Vida Beauty Sdn. Bhd. di Ipoh, Perak selama 15 minit sahaja.
“Sebagai bapa, saya amat rindukan mereka. Saya tidak mahu hak penjagaan. Cukup sekadar dibenarkan untuk bertemu mereka berdua dalam tempoh yang singkat.
“Sebelum ini, saya ada menghubungi Cik B dan Kacak, namun tidak berjawab. Saya tidak pasti sama ada mereka sudah menukar nombor telefon atau sengaja tidak mahu mengangkat panggilan,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, Amin turut mendedahkan sebelum ini dia hanya dibenarkan bertemu anak-anaknya itu di kawasan pagar rumah Datuk Seri Vida, di Meru, Ipoh atau di pusat beli-belah sahaja.
“Kedua-dua anak masih mengenali saya. Dalam pertemuan sebelum ini, mereka akan memeluk saya dan masih mengenali bapa kandung mereka.
“Itu sudah cukup buat saya. Bertemu dengan mereka sudah membuatkan saya gembira. Jika teringatkan mereka, hanya linangan air mata dan kenangan-kenangan lama kami bersama sebagai pengubat rindu,” kongsinya lagi.
Prosiding bagaimanapun tidak dapat dijalankan kerana Datuk Seri Vida selaku defendan tidak menghadirkan diri.
Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty menetapkan 25 November ini sebagai sebutan semula kes.
Terdahulu, Amin telah berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada tahun 2000 sebelum bercerai pada 2008.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.
Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree meninggal dunia dalam satu kejadian kebakaran di rumah Datuk Seri Vida di Ipoh pada 2013.
Sumber: Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.