Pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous meluahkan raysa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana telah memberinya kesempatan untuk menghatam Al-Quran di bulan Ramadan yang mulia ini.

Tambah menggembirakan apabila Fouziah difahamkan berjaya menghabiskan bacaannya itu pada hari sambutan Nuzul Quran.

Menurut Fouziah, dia juga ingin menitipkan ucapan terima kasih buat gurunya yang telah membimbingnya sepanjang proses tersebut berlangsung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fouziah Gous (@fouziahgous)

“Dengan Izin Allah SWT seperti yang dihajatkan untuk Khatam di Ramadhan dan Nuzul Quran di makbulkanNya. Official khatam bersama Ustazah Fadzilah .

IKLAN

“Terima kasih ustazah kerana sanggup ikut kehendak saya. Sanggup drive datang rumah, sanggup layan mengaji dalam phone selama sejam, sanggup korbankan tidur, sanggup ikut masa saya dan banyak lagi.

“One picture for my feed untuk kenangan yang paling indah dalam hidup. Segala puji pujian bagi Mu Ya ALLAH,” tulisnya.

IKLAN

Khabar gembira tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi posting terkini di laman Instgram.

”Dengan Izin Allah SWT Seperti Yang Dihajatkan…,” – Impian Dimakbulkan Datin Fouziah Gous Berjaya Khatam Pada Nuzul Al-Quran ”Dengan Izin Allah SWT Seperti Yang Dihajatkan…,” – Impian Dimakbulkan Datin Fouziah Gous Berjaya Khatam Pada Nuzul Al-Quran ”Dengan Izin Allah SWT Seperti Yang Dihajatkan…,” – Impian Dimakbulkan Datin Fouziah Gous Berjaya Khatam Pada Nuzul Al-Quran

IKLAN

Dalam pada itu, Fouziah turut menyifatkan kejayaan tersebut sebagai salah satu kenangan paling indah di dalam hidupnya selama ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut menyifatkan kejayaan Fouziah ini sebagai pembakar semangat buat mereka yang sedang berusaha untuk menghatam Al-Quran di bulan Ramadan ini.

”Dengan Izin Allah SWT Seperti Yang Dihajatkan…,” – Impian Dimakbulkan Datin Fouziah Gous Berjaya Khatam Pada Nuzul Al-Quran ”Dengan Izin Allah SWT Seperti Yang Dihajatkan…,” – Impian Dimakbulkan Datin Fouziah Gous Berjaya Khatam Pada Nuzul Al-Quran ”Dengan Izin Allah SWT Seperti Yang Dihajatkan…,” – Impian Dimakbulkan Datin Fouziah Gous Berjaya Khatam Pada Nuzul Al-Quran

Sumber: Instagram Fouziah Gous

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI