Menerusi rancangan bual bicara Wanita Hari Ini Ekstra di TV3, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad telah menerima kejutan istimewa apabila pihak produksi telah menghubungi isterinya, Elena Hani Eleas, secara siaran langsung pada Sabtu.

Difahamkan, kejutan istimewa itu dibuat bersempena dengan sambutan Hari Bapa Sedunia yang diraikan pada tanggal 20 Jun setiap tahun, hari ini.

“Dengan Anak Dia Tak Garang, Tapi Tegas,” – Suami Yang Ambil Berat, Isteri Cerita Sikap Fahrin Ahmad Sempena Hari Bapa “Dengan Anak Dia Tak Garang, Tapi Tegas,” – Suami Yang Ambil Berat, Isteri Cerita Sikap Fahrin Ahmad Sempena Hari Bapa “Dengan Anak Dia Tak Garang, Tapi Tegas,” – Suami Yang Ambil Berat, Isteri Cerita Sikap Fahrin Ahmad Sempena Hari Bapa

Di awal perbualan, rakan pengacara Hawa Rizwana Redzuan ada memberitahu kepada penonton mengenai perwatakan Fahrin yang disifatkan sebagai seorang yang periang dan mesra dengan rakan sekerja.

Lalu, isteri tersayang turut sama telah mendedahkan sikap dan perwatakan suaminya itu bersama penonton.

IKLAN

“Itu memang karakter dia, suka mengusik dan menyakat orang lain. Jadi apa yang dia buat dekat luar sama sahaja dekat rumah, dia memang suka mengusik saya dan juga anak. Malah, dengan mak dia dan mak mertua pun dia macam tu juga.

“Dengan anak, dia tak garang langsung tapi dia tegas dan dia bukan jenis garang yang marah-marah. Ada ketikanya dia akan bertegas,” katanya.

“Dengan Anak Dia Tak Garang, Tapi Tegas,” – Suami Yang Ambil Berat, Isteri Cerita Sikap Fahrin Ahmad Sempena Hari Bapa “Dengan Anak Dia Tak Garang, Tapi Tegas,” – Suami Yang Ambil Berat, Isteri Cerita Sikap Fahrin Ahmad Sempena Hari Bapa

IKLAN

Dalam pada itu, Elena turut meluahkan rasa syukur kerana memiliki Fahrin sebagai suami kerana sifatnya yang bertanggungjawab terhadap rumah tangga.

“Saya sangat bersyukur sebab daripada mula kahwin sampai sekarang dia adalah seorang bapa yang ambil berat dalam soal hal rumah tangga. Dia tahu tanggungjawab dia dalam rumah tangga, kebajikan kepada anak.

IKLAN

“Jadi saya nak ucapkan selamat hari Ayah kepada awak dan terima kasih kerana telah menjaga saya dan anak dengan baik. Semoga Allah memberkati, merahmati awak dan keluarga kita. Semoga bahagia selama-lamanya,” akhiri Elena.

“Dengan Anak Dia Tak Garang, Tapi Tegas,” – Suami Yang Ambil Berat, Isteri Cerita Sikap Fahrin Ahmad Sempena Hari Bapa “Dengan Anak Dia Tak Garang, Tapi Tegas,” – Suami Yang Ambil Berat, Isteri Cerita Sikap Fahrin Ahmad Sempena Hari Bapa

Imbas kembali, Fahrin mendirikan rumah tangga bersama Elena pada 9 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalifa Fahrel, 5 tahun.

Foto: Instagram Fahrin Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI