Filem Dukun yang sepatutnya ditayangkan sejak 12 tahun lalu kini menggegarkan industri seni tanah air apabila filem ini telah ditayangkan di pawagam bermula hari ini.

MH pasti ramai yang ternanti-nanti untuk menonton filem ini selepas sekian lama menanti.

Watak Diana Dahlan yang merupakan watak utama dalam filem ini dipegang oleh Datin Seri Umie Aida dan tidak dapat dinafikan lakonan yang diberikan oleh pelakon popular ini sungguh mantap.

IKLAN

Demi Watak ‘Diana Dahlan’ Dalam Filem Dukun, Umie Aida Hidup Dengan Ular Selama 2 Bulan

Umie berkata, demi melakonkan watak Diana Dahlan ini, dia telah membela seekor ular selama dua bulan untuk memahami setiap gerak geri haiwan ini.

IKLAN

“Saya ambil seekor ular dan saya bela selama dua bulan. Saya kaji gerakan dan mata ular itu selama dia bersama dengan saya malah dia tidur pun dengan saya.

 

“Boleh dikatakan ada ciri-ciri pada ular ini yang saya boleh ambil untuk watak Diana Dahlan.

 

“Walaupun saya geli dengan ular, tapi saya buang rasa geli tu jauh-jauh sebab dia adalah rujukan yang terbaik untuk watak saya dalam filem ini,” katanya ketika ditemui di majlis pratonton filem Dukun semalam.

Dalam pada itu, Umie juga turut bersyukur dan gembira kerana tidak menyangka filem ini akhirnya dapat ditayangkan kepada semua.

Demi Watak ‘Diana Dahlan’ Dalam Filem Dukun, Umie Aida Hidup Dengan Ular Selama 2 Bulan

IKLAN

“Alhamdulillah saya sama sekali tidak menyangka filem yang sudah 12 tahun terperap akhirnya dapat dikeluarkan dan dikongsi bersama penonton dengan berkat doa dan usaha daripada pihak marketing Astro Shaw,” katanya.

Tambahnya lagi, dia sangat terjua untuk menyaksikan filem lakonannya ini di panggung dan baginya ia satu kepuasan buat dirinya apabila dia dapat berkongsi satu cerita dan watak yang disukainya kepada orang ramai.

Selain daripada Umie, filem ini juga turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Elyana, Namron, Adlin Aman Ramli, Sofi Jikan dan ramai lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI