Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Berita Demi Survival Hidup, ‘Shima Teringin’ Buka Warung Jual Nasi Campur

Demi Survival Hidup, ‘Shima Teringin’ Buka Warung Jual Nasi Campur

Penyanyi senior yang sinonim menerusi lagu Teringin, Shina yang kini bahagia dengan perkahwinan kelimanya bersama Abdullah Rusli, kini sibuk memulakan perniagaan kecil-kecilan menjual nasi campur di hadapan Pangsapuri Lestari di Damansara Damai, Selangor.

Katanya seperti yang dipetik Utusan Online, idea untuk membuka warung sebenarnya sudah lama.

“Sebenarnya idea untuk memulakan perniagaan sudah lama difikirkan. Dahulu saya sering masak untuk rakan-rakan dan mereka memberi sokongan untuk saya memulakan perniagaan.

“Tetapi, dek kerana kekangan waktu niat tersebut tidak pernah menjadi. Rencana untuk membuka restoran juga tidak berlaku. Banyak proses yang perlu dilakukan dan saya tidak jumpa rakan niaga yang sesuai.

IKLAN

“Sekarang rasanya masa yang tepat untuk memulakan perniagaan. Saya hanya berniaga secara kecil-kecilan. Jika usaha ini menjadi, siapa tahu satu hari nanti impian untuk membuka sebuah restoran akan tercapai,” katanya seperti yang dilaporkan.

Pada masa sama, penyanyi ini juga tidak kisah atau mahu ambil pusing terhadap kata-kata sino terhadap kerjaya barunya ini.

IKLAN

“Biarlah apa orang nak kata sekali pun. Mereka tidak tahu untuk memulakan perniagaan ini juga memerlukan modal.

“Jadi tidak perlulah saya kongsikan jika ada masalah kewangan sekali pun,” jelas Shima.

IKLAN

Ditanya sama ada dia masih merindui momen sebagai penyanyi atau sebaliknya, bintang ini tidak menafikan akan minat mendalam terhadap nyanyian.

“Rindu untuk menyanyi sememangnya ada. Sebagai anak seni, saya mahu terus menyanyi. Jika diberi kesempatan saya mahu merakamkan lagu baharu,” akhiri Shima yang menamakan warung niaganya sebagai Warung Teringin.

Foto/Sumber: Utusan Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI