Pemain drum band popular Indonesia, Sheila On 7, Brian Kresna dimaklumkan telah meninggalkan band tersebut secara rasmi sejak April lalu.
Memetik laporan CNN Indonesia, perkhabaran tersebut telah disahkan sendiri oleh pengurus yang juga merupakan bassist Sheila On 7, Adam Muhammad Subarkah pada Selasa.
“Iya. Memang betul Brian sudah keluar daripada Sheila On 7,” katanya seperti yang dipetik.
Menurut Adam, perkara tersebut sebenarnya telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada kelab peminat band tersebut yang dikenali sebagai Sheila Genk sebelum didedahkan kepada umum.
Jelasnya lagi, keputusan tersebut dibuat bagi menghormati para peminat yang telah menyokong band yang berpangkalan di Yogyakarta itu selama ini.
Ads
“Kalau kami bagitahu dulu kepada umum, belum tentu mereka semua mendengarkan Sheila On 7. Jadi, kami maklumkan dahulu kepada fan club yang kami telah anggap sebagai sebahagian daripada anggota band kami. Bila mereka tahu, pasti perkara ini akan tersebar juga.
“Kenapa seperti itu? Kerana band kami ketika ini masih berehat dan belum aktif. Jadi, bila kali terkahir kami berbincang, rasanya kami tidak perlu terlalu tergesa-gesa. Kami biarkan sahaja khabar tersebut bertebaran. Yang penting sekarang sudah rasmi,” jelasnya lagi
Ads
Bagaimanapun, Adam enggan mengulas lanjut mengenai penarikan diri Brian daripada band tersebut kerana menyifatkan ia sebagai masalah dalaman.
“Itu hal yang hanya dibincangkan oleh Sheila On 7 dan Brian. Bukan untuk disampaikan kepada pihak luar. Nama pun masalah dalaman. Jadi, tak perlulah kami bagitahu. Ini juga untuk menjaga nama baik Brian dan Sheila On 7,” ujarnya.
Kini, Sheila On 7 hanya dianggotai tiga orang ahli kumpulan iaitu Duta (vokalis), Eross (gitar utama) dan Adam (bassist).
Anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau sinonim disapa Cik B ada memuat naik sebuah video bersempena dengan hari lahirnya yang ke-15, hari ini.
Video tersebut memaparkan Cik B sedang bertanya secara rawak kepada seluruh penghuni rumahnya mengenai tarikh istimewa bagi dirinya.
Namun, tiada seorang pun di kalangan ahli keluarganya itu yang mengingati tarikh tersebut malah hanya menganggapnya sebagai hari biasa.
“Tapi takpa Cik B pun tak ingat birthday diorang,” tulisnya pada video tersebut.
Sementara itu, video tersebut bagaimanapun turut mendapat perhatian ibunya, Datuk Seri Vida.
“Soorrrryyyy sangat Cik B. Mama lupa date birthday Cik B.
“Jangan merajuk ye. Anak mama yang hebat. Cayanngg Cik B,” tulisnya.
Video tersebut kemudiannya tular selepas menerima hampir 250,000 tontonan malah turut dihujani ribuan komen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan selebriti tempatan ada menitipkan ucapan hari lahir buat Cik B selain turut memintanya supaya jangan bersedih kerana masih ramai lagi orang yang menyayangi dirinya di luar sana.
Sumber: Instagram Cik B
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kumpulan Shiro muncul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 selepas saingan minggu terakhir di Royale Theatre, Shah Alam di sini, malam tadi.
Gandingan antara Ajak dan Sharol telah meraih wang tunai RM500,000 dan trofi.
Trio tersebut menewaskan empat pesaing lain dalam persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal komedi.
Manakala, kumpulan Bocey menjadi naib juara dan memenangi hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.
Tempat ketiga dimenangi peserta kumpulan Zero yang meraih wang tunai RM150,000 serta trofi.
Kumpulan Puteh di tempat keempat diikuti kumpulan Taman di tempat kelima yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.
Hadiah disampaikan oleh Seniwati Wan Maimunah.
Peserta diadili juri tetap, Douglas Lim, Remy Ishak,Tia Ariffin dan Scha Al-Yahya dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan 30 peratus daripada undian penonton melalui aplikasi Tik Tok.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti popular Hollywood, Kim Kardashian dan Pete Davidson dikhabarkan sudah berpisah setelah selepas sembilan bulan menjalinkan cinta.
Menurut sumber terdekat pasangan tersebut, Kim dan Pete memilih untuk memutuskan hubungan beberapa minggu lalu.
“Kim dan Pete telah membuat keputusan untuk menjadi kawan sahaja sekarang.
“Walaupun tidak lagi menjalinkan hubungan, namun kedua-duanya mempunyai banyak kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain.
“Mereka melihat hubungan jarak jauh dengan kepadatan jadual kerja menyukarkan untuk mengekalkan hubungan mereka,” kata sumber tersebut.
Pete kini dikhabarkan berada di Australia, menjalani penggambaran filem terbaharu berjudul Wizards! sepanjang musim panas ini.
Manakala, Kim pula meneruskan kehidupan seperti biasa sebagai ibu tunggal kepada empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas suami, penyanyi dan rapper, Kanye West.
“Kim dan Kanye gembira dapat sama-sama membesarkan anak mereka secara ‘co-parenting’,” kata sumber lagi.
Kim dan Kanye mendirikan rumah tangga pada Mei 2014 namun disahkan berpisah pada Februari tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai empat anak iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Lily Allen, mendedahkan bahawa dia baru sahaja menjalani rawatan di sebuah pusat terapi bagi mendapatkan ketenangan dan keseimbangan dalam hidupnya.Menerusi episod terbaru...