Sejak kebelakangan ini, isu tekanan perasaan membabitkan segelintir doktor pelatih merupakan antara isu yang sedang hangat diperkatakan.

Tambah merisaukan apabila tekanan tersebut membuatkan mereka mula terfikir untuk meragut nyawa mereka sendiri.

Isu tersebut nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pelakon, Azhar Sulaiman.

Menurut Azhar, dia ternyata terkilan dengan sikap sedimikian selain turut menyifatkan tindakan bunuh diri sebagai satu kesalahan yang besar lebih-lebih lagi di sisi agama.

“Masa Kecik Dulu Tak La Alim Tapi Tak Pernah Terlintas…,” – Isu Doktor Pelatih ‘Cabut’ Nyawa Sendiri, Azhar Sulaiman Kongsi Pendapat “Masa Kecik Dulu Tak La Alim Tapi Tak Pernah Terlintas…,” – Isu Doktor Pelatih ‘Cabut’ Nyawa Sendiri, Azhar Sulaiman Kongsi Pendapat

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

“Salam semua, Mami baru lepas tengok Youtube pasal pengakuan doktor pelatih yang tertekan sangat sampai nak bunuh diri.

IKLAN

“Mami pelik sungguhlah, mami ni walaupun masa kecik dulu tidaklah alim sangat tapi tak pernah hayat bila confronted dengan masalah hidup sampai terlintas nak bunuh diri.

“Kita ni orang Melayu/Islam. Jangan cakap dimulut. Terlintas dihati tu pun dah kira salah besar to me,” tulisnya

Pandangan tersebut disuarakan sendiri oleh pelakon drama, Di Sebalik Kasyaf itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Masa Kecik Dulu Tak La Alim Tapi Tak Pernah Terlintas…,” – Isu Doktor Pelatih ‘Cabut’ Nyawa Sendiri, Azhar Sulaiman Kongsi Pendapat “Masa Kecik Dulu Tak La Alim Tapi Tak Pernah Terlintas…,” – Isu Doktor Pelatih ‘Cabut’ Nyawa Sendiri, Azhar Sulaiman Kongsi Pendapat “Masa Kecik Dulu Tak La Alim Tapi Tak Pernah Terlintas…,” – Isu Doktor Pelatih ‘Cabut’ Nyawa Sendiri, Azhar Sulaiman Kongsi Pendapat

IKLAN

Katanya lagi, dia juga pernah mengalami masalah tekanan hidup namun, tidak pernah sekali pun terlintas di fikirannya untuk membunuh diri.

“Sedih betul orang Melayu/Islam senang senang je boleh terlintas dalam kepala untuk bunuh diri.

“Dari bunuh diri, lebih baik fikirkan cara terbaik untuk hapus pembuli for good,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai terhadap kenyataan yang dikongsikan oleh Azhar itu.

IKLAN

Terdahulu, isu buli membabitkan doktor-doktor pelatih turut telah mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

“Masa Kecik Dulu Tak La Alim Tapi Tak Pernah Terlintas…,” – Isu Doktor Pelatih ‘Cabut’ Nyawa Sendiri, Azhar Sulaiman Kongsi Pendapat “Masa Kecik Dulu Tak La Alim Tapi Tak Pernah Terlintas…,” – Isu Doktor Pelatih ‘Cabut’ Nyawa Sendiri, Azhar Sulaiman Kongsi Pendapat

Beliau juga telah menubuhkan sebuah pasukan khas bebas untuk menyiasat kes kematian seorang doktor pelatih di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Azhar Sulaiman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI