Baru-baru ini, tular di media sosial sepotong klip yang memaparkan anak kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Talita yang dilihat mempertahankan ibu tirinya, Watie Hanifiah saat dikecam dalam satu sesi siaran langsung.

Menurut Watie, perkara seperti itu bukanlah kali pertama berlaku kerana anaknya itu juga sering melakukan hal yang sama saat di luar.

Dekta ‘Back Up’ Dalam Live Tik Tok, Watie Terharu Tapi Tak Nak Ajar Anak Kasar Dengan Orang Dewasa

“Sebenarnya, bila saya di luar, ada sahaja insiden yang berlaku di depan mana seperti orang menjeling. Tapi anak yang selalu nampak sebab saya rabun.

“Saya jarang lihat muka orang tapi anak jenis yang perhati. Jadi, mereka yang akan bagitahu saya. Pada masa sama, mereka akan jeling dan marah semula,” katanya kepada MH.

Watie berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perasmian dan pengenalan duta bagi produk keluaran Inayah Beuty, Gattox baru-baru ini.

IKLAN

Dekta ‘Back Up’ Dalam Live Tik Tok, Watie Terharu Tapi Tak Nak Ajar Anak Kasar Dengan Orang Dewasa

Bagaimanapun, Watie enggan perkara tersebut menjadi kebiasaan dan dia mahu anak-anaknya itu sentiasa menghormati orang yang lebih dewasa.

“Saya bersyukur sebab anak lindungi kita tapi bila setiap kali insiden seperti itu berlaku, saya akan nasihat mereka agar tidak lagi buat perkara tersebut.

IKLAN

“Kita pun tak nak tengok hal seperti itu kerana ia tak bagus untuk kanak-kanak. Jadi, saya ajar mereka untuk tidak ambil tahu. Baca sahaja boleh tapi jangan tunjukkan reaksi.

“Saya risau nanti sampai ke besar, mereka akan mudah nak melenting bila ada yang kecam. Biarlah mereka berkelakuan seperti saya. Tak ambil pusing walau apapun orang kata,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Watie akui sudah lali dikecam namun, ada kalanya dia perlu bersuara demi menjaga maruah diri dan keluarga.

IKLAN

Dekta ‘Back Up’ Dalam Live Tik Tok, Watie Terharu Tapi Tak Nak Ajar Anak Kasar Dengan Orang Dewasa

“Semua orang boleh bersuara. Kalau sentuh atau bandingkan saya dengan arwah Siti Sarah, saya okay sahaja.

“Baru ini, saya dikecam kerana ada yang mengatakan isu scam itu adalah palsu dan saya hanya nak ambil duit Shuib. Padahal itu semua itu adalah duit saya sendiri.

“Jadi, saya kena pertahankan diri kalau ada yang merasakan saya mengambil kesempatan atau mempergunakan Shuib. Saya bukan jenis macam itu,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI