Penyanyi Baby Shima mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa gangguan lelaki ‘miang’ yang menghantar mesej berbaur lucah dan keterlaluan di Instagram.
Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli memuatnaik tangkap layar mesej berkenaan dipercayai telah dihantar seorang lelaki yang disifatkannya sebagai munafik.
“Munafik bertopengkan kopiah. Ramai dah jumpa orang-orang begini,” tulis Shima.
Dalam mesej tersebut, lelaki tersebut memuji kecantikan Shima selain turut memintanya cepat bernikah supaya boleh melakukan hubungan intim.
Ads
Berang dengan mesej berkenaan, Shima tanpa selindung terus berkongsi akaun pemilik Instagram sebagaimana yang didakwa.
Sekaligus, tindakan tersebut nyata mengundang kemarahan banyak pihak di ruangan komen.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan tidak percaya dengan kelakuan lelaki tersebut kerana tidak seiring dengan apa yang kongsikan di laman Instagramnya.
Ads
“Maaf, orang begini la yang jatuhkan martabat lelaki berkopiah.
“Tak sensor ya ayat mesej tu. Memang celakalah orang yang berpura-pura alim. Buat malu sahaja.
“Ramai sahaja yang pura-pura alim. Berselindung disebalik pakaian. Tapi belakang-belakang setan bertopengkan manusia.
“Memang mendapatlah. Sesuai diviralkan,” antara komen-komen netizen.
Ads
Bagaimanapun, ada yang turut mempersoalkan mengenai kesahihan pemilik sebenar di sebalik akaun tersebut.
Sebelum ini, Shima juga pernah berdepan situasi sama apabila pernah diganggu oleh lelaki gatal di media sosial.
Malah, Shima juga sering mendapat teguran mengenai pemakaiannya yang dikatakan agak seksi sehingga ‘mengundang’ komen-komen yang tidak sepatutnya, khasnya di kalangan lelaki.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Video yang memaparkan gelagat lucu selebriti dan usahawan, Noor Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail mencuit perhatian wargamaya kerana turut membuat konten menggunakan audio ‘Abang Bomba’ yang kini tular di media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan daripada akaun @lofa.world, Neelofa dilihat sedang melakonkan situasi jarinya tersepit pintu lalu menjerit meminta pertolongan.
Bagaimanapun, bukan ‘Abang Bomba’ yang datang menyelamatkan Neelofa, sebaliknya Haris atau PU Riz yang datang membantu.
Terhibur dengan gelagat ‘sporting’ mereka berdua, peminat memberikan pelbagai reaksi terhadap video yang sudah pun menerima lebih 500,000 kali tontonan itu.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Taiwan, Eison Chai dilapor meninggal dunia akibat terjatuh di bangunan stesen MRT Uzhou pada kira-kira jam 10 pagi pada Rabu.
Pihak polis setakat ini masih lagi menyiasat bagi mencari punca sebenar kematian penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak itu. Eison disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Beberapa hari sebelum insiden itu, Chai, 40, ada memuat naik perkongsian sedih di media sosial miliknya dipercayai berkaitan soal cinta.
“Cinta merupakan perkara paling sukar untuk difahami dalam dunia ini namun ia juga sangat mudah. Cintai dia dan kamu akan beroleh kebahagiaan selamanya,” tulis Chai.
Chai memulakan kerjaya di Taiwan pada usia 19 tahun dengan memenangi pertandingan nyanyian Super Idol musim kedua yang diadakan di negara tersebut.
Pada tahun 2019, Chai kemudiannya menubuhkan kumpulan rock, 87 dan melancarkan album pertama mereka, Dream Together pada tahun sama.
Selain itu, dia juga dikatakan telah mengalami kerugian dianggarkan sebanyak RM742,500 selepas perniagaan restoran laksa di Ximending yang diusahakannya mengalami kegagalan.
Chai yang juga merupakan seorang pelakon di sana, mendirikan rumah tangga dengan pelakon Taiwan iaitu Hitomi Wu pada tahun 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon senior, Azhar Sulaiman berkongsi cerita sejak tahun lepas rezekinya cukup murah apabila dia tidak henti-henti menerima tawaran kerja daripada penerbit dan pengarah.
Secara berseloroh, Azhar menyifatkan rezeki mencurah-mencurah itu adalah disebabkan populariti anak bongsunya, pempengaruh (influencer) Kasih Iris Leona yang semakin mendapat perhatian netizen.
“Sejak setahun ini saya tak berhenti-henti berlakon.
“Saya rasa saya kena berterima kasih kepada anak saya, Leona sebab dia punya pasal, nama saya terpalit dan saya jadi hot,” kata Azhar memetik perkongsian video semasa dia diundang sebagai tetamu di stesen radio Buletin FM.
Sebelum ini, nama Leona sering kali menjadi perhatian netizen disebabkan gaya pemakaiannya yang seksi selain gemar berkongsi videonya menari menerusi aplikasi TikTok.
Azhar yang juga merupakan seorang arkitek cukup popular menerusi filem 90-an, Abang 92 dan namanya masih lagi kekal relevan sehingga kini.
Pelakon kelahiran Bentong, Pahang ini mendirikan rumah tangga dengan peguam, Chempaka Emalin Pahamin dan mereka dikurniakan tiga cahaya iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona, 21 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Katy Perry mencetuskan kontroversi selepas memfailkan tuntutan balas bernilai kira-kira AS$6 juta (RM27.7 juta) terhadap lelaki berusia 85 tahun, Carl...