Pelakon Sharnaaz Ahmad enggan mengulas dakwaan yang mengatakan hubungannya bersama rakan artis, Amelia Christie yang sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta kini sedang bermasalah.
Khabar angin tersebut mula diperkatakan selepas Sharnaaz dan Amelia dikatakan sudah berhenti mengukuti akaun media sosial masing-masing.
Menurut Sharnaaz, hubungannya dengan Amelia masih baik, namun enggan berkongsi kisah peribadi.
“Iya ke? Saya pun tak perasan tentang itu (unfollow). Saya tak mahu komen apa-apa.
“Fokus saya sekarang ini adalah untuk diri sendiri dan anak saya. Saya dengan Amelia tiada masalah dan kami masih berbaik. Dia pun masih rapat dengan Jebat.
“Sebab itu saya tak mahu bercerita sangat tentang hubungan cinta sebab risau ada apa-apa berlaku di tengah jalan dan enggan serabut begini,” katanya kepada MH.
Sharnaaz berkata sedemikian ketika ditemui di pengenalan duta bagi jenama Baju Melayu, Elrah yang berlangsung di ibu kota pada Isnin.
Ads
Tegas Sharnaaz, dia juga tidak pernah mengiyakan atau menafikan mengenai hubungannya dengan Amelia sebelum ini.
“Bagi saya, Amelia perempuan yang baik.
“Mengenai hubungan pula, saya tak pernah mengiyakan sejak awal. Jadi, tidak bolehlah nak kata sudah putus. Pening juga,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia kini agak kurang selesa untuk berkongsi kisah cinta kepada umum.
Ads
“Umur saya sudah nak masuk 40 tahun. Jadi, bila nak bercerita tentang cinta, rasa janggal pula. Saya sedar kisah kami viral ketika bercuti di Jepun.
“Saya tiada niat nak berlagak, kami hanya berseronok. Saya tak boleh nak cakap apa kepada orang yang doakan kami. Mereka doakan perkara baik.
“Saya hanya aminkan sahaja walau apa keadaan sekalipun,” katanya.
Sementara itu, bintang filem Polis Evo 3 tidak menolak sekiranya dipertemukan dengan mana-mana wanita dan kembali mendirikan rumah tangga.
“Biarlah dulu (jodoh). Sebelum ini saya sudah berkahwin sekali dan ada ke jodoh kedua selepas ini?
Ads
“Kalau ada rezeki saya terima, jika tiada pun, okey sahaja. Saya pun sudah ada anak dan fokus sekarang hanya mencari duit serta buat keluarga.
“Ditambah pula, Jebat pun akan mulakan sesi persekolahan,” ujarnya.
Terdahulu, Sharnaaz dikatakan menjalin hubungan cinta dengan Amelia selepas dilihat kerap muncul berdua di beberapa acara hiburan.
Spekulasi tersebut semakin kuat apabila Sharnaaz bercuti ke Jepun bersama Amelia, Jebat dan bekas isterinya, Noor Nabila pada tahun lalu.
Selain bercuti, Amelia juga dilihat beberapa kali berkunjung ke rumah Nabila sebelum ini sekaligus menguatkan lagi gosip cinta antara mereka.
Sebelum ini, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia tujuh tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Nadzmi Adhwa, menerusi sebuah posting di Instagram memberitahu, ibunya kini dimasukkan ke hospital bagi menjalani satu pembedahan awal pagi tadi.
Menurut Nadzmi, dia berharap agar pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan ibunya itu bebas daripada sebarang masalah.
“Salam semua. Minta jasa baik kalian doakan ibu saya akan masuk ke bilik pembedahan pada pagi ini untuk major operation.
“Semoga Allah berikan kekuatan, ketenangan dan kelapangan hatinya, hapuskan segala penyakitnya dan dipermudahkan segala urusannya.
“Angah sayang mak ! Jumpa lagi 11 jam ya Kami semua tunggu mak,” tulisnya.
Difahamkan prosedur pembedahan tersebut bakal berjalan selama 11 jam.
Menerusi ruangan IG story pula , suami kepada pelakon, Ardell Aryana itu turut dilihat berkongsi suasana di hospital sebelum ibunya dimasukkan ke dalam bilik pembedahan.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dah rakan artis mendoakan semoga segala urusan sewaktu pembedahan dipermudahkan.
Malah, mereka turut berharap agar ibu kepada Nadzmi itu lekas sembuh seperti sedia kala.
Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Khamis lalu, penyanyi seberang yang hits menerusi single Lagi Syantik, Siti Badriah telah pun melangsungkan majlis pertunangan bersama lelaki pilihan, Krisjiana Baharudin.
Majlis yang berlangsung serba meriah di Pajetan, Jakarta Selatan itu turut diraikan keluarga dan sahabat handai.
Sama cantik sama padan menerusi persalinan serba kelabu, bintang yang mesra disapa Sibad ini tampak berseri-seri menerusi beberapa keping foto yang yang dikongsi di laman Instagram rasmi milik penyanyi berkenaan.
Malah, Sibad turut memuat naik video sekitar majlis tunang yang telah pun berlangsung dengan kapsyen;
“Bismillah semoga ini awal kebahagiaan kami. Terimakasih untuk semua doa dan bantuannya untuk kami berdua,” tulisnya sambil menitipkan dedikasi buat semua krew terlibat.
Rata-rata peminatnya juga turut mengucapkan tahniah dan berdoa agar hubungan keduanya dipermudahkan.
Foto: Instagram Siti Badriah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli bersyukur apabila akaun asal Instagramnya, @lianarosli_official sudah pun diterimanya kembali selepas dipercayai digodam hampir setahun lalu.
Perkara berkenaan dimaklumkan pempengaruh yang juga anak dramatis senior, Normah Damanhuri itu menerusi satu entri di Instagram.
“Alhamdulillah, syukur IG dapat balik dah,” tulisnya ringkas menerusi akaun yang mempunyai kira-kira 437,000 pengikut itu.
Menerusi hantaran sama, Kak KM dilihat sedang bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang.
Sementara itu di ruangan komen, ramai yang turut bersyukur dan ramai turut teruja apabila Kak KM mula memuat naik video dan foto di akaun asalnya itu. Antarannya;
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memanjatkan doa agar artis seangkatannya yang juga penyanyi, Syura Badron segera diberikan kesembuhan selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di buah pinggang dan darah, baru-baru ini.