Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan hari ini.
Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Para selebriti tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah di atas pelantikan tersebut di laman Instagram masing-masing.
Pelakon dan hos, Lisa Surihan mengisi masa di rumah dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuat kuasa di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.
Lalu, sebagai menyahut cabaran #dudukrumahchallenge, bintang filem Ular itu dilihat turut mengisi masa dengan membaca atat suci suci al-Quran.
Jelas bintang berusia 34 tahun itu, ahli keluarga dan rakan-rakan turut memberikan galakan meski baginya, bacaan yang dialunkan belum cukup sempurna.
“#dudukrumahchallenge kerana bacaan ku tk sempurna. But my dear sisters (the khadijahs) and friends keep encouraging. Dia galakkan. “Daripada tk buat langsung, Lisa?”
“Moga istiqomah. Dgn doa, Ya Allah, rahmatilah kami dgn Al-Quran, Jadikan lah ia sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ingatlah kami pada apa yang terlupa, ajarkanlah apa yang tidak diketahui.
“Kurniakanlah kami dapat membacanya siang dan malam. Jadikan ia perisai kami, wahai Tuhan semesta alam,” tulisnya pada entri yang memperlihatkan permata hati turut setia berada di sisi.
Neelofa ada berkongsi satu video dari penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Dr. Das’ad Latif yang ada memberikan ulasan mengenai apakah yang perlu dilakukan umat Islam khususnya dalam menghadapi ancaman penularan COVID-19 di seluruh dunia ketika ini.
Menerusi video berdurasi 4 minit dan 33 saat itu, Ustaz Das’ad memberitahu dia kerap kali menerima status yang ‘manis’ tetapi mempunyai unsur yang menyesatkan terutamanya di media sosial.
Antaranya ‘saya tidak takut dengan Corona, tetapi hanya takut kepada Allah’ dan ‘Corona ini makhluk Allah, hanya menyerang mereka yang melakukan maksiat’.
Memberikan ulasan jelas terhadap dua kenyataan tersebut, Das’as turut menyeru umat Islam agar duduk di rumah, menjaga jarak dan tidak putus doa agar krisis ini dapat dikekang sebaiknya.
Sementara itu, Neelofa menerusi ruangan kapsyen pula meminta ramai agar berkongsi petikan video ceramah tersebut.
“Share or repost this on your page. Kepada mereka yang masih lagi ‘in denial’ tolong jangan menjadi golongan yang memalukan org islam lain.
“Semoga Allah melindungi kita semua,” tulis Neelofa terhadap entri video di Instagram yang sudah pun ditonton lebih 300,000 itu.
Terdahulu bekas hos MeleTop ini menerima berita sedih apabila anak sepupunya, Sameera telah pun disahkan positif COVID-19 dan bayi berusia tujuh bulan itu difahamkan menjadi pesakit paling muda setakat ini di Brunei.
Foto : Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak mahu kenyataannya menerusi laman Instagram disalah erti, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof menegaskan luahannya tiada kena mengena dengan mana-mana individu.
Ini kerana, ada yang mendakwa ia dibuat kerana cemburu, busuk hati dengan ustaz atau mereka yang buat kebaikan di media sosial.
“Ada yang kata saya dengki busuk hati dengan ustaz dan orang yang buat kebaikan di media sosial. Pulak dah..apehal kesitu juah pula fikirannya? Tiada kena mengena dan lain yang saya maksudkan.
“Takpelah, sabar jela. Tak perlu kita berbalah benda sia-sia disaat musibah makin teruk sekarang. Kita cari redha Allah sama-sama.
“Apepun, media sosial telah menjadi fitnah besar akhir zaman. Hati2 lah dan jangan kita kalah dengan agenda “mereka,” luahnya lagi menerusi Instagram.
Malah, bintang Munafik ini turut menambahbaik posting terdahulu agar netizen tidak melencong jauh dengan maksud sebenar yang mahu disampaikan.
Jelasnya netizen kerap kali mempersoalkan andai soal sedekah, amalan membaca Al-Quran atau perihal agama semata-mata ia tidak dipertontonkan di laman sosial.
“Awak tak sedekah apa2 ke? Awak tak amal baca Quran ke? Asyik layan lagu tak zikir ke?
“Zaman ini..aku keliru. Adakah sedekah jariah perlu dikongsi di media sosial. Adakah insan dianggap lalai jika tidak dipertontonkan amalnya?
“Tidak menghakimi sesiapa hanya khuatir rasa ikhlas pudar dari jiwa.
“Segelintir beranggapan jika tidak post gambar sedekah/baca Quran/masjid/sejadah maka bermakna org itu telah jauh dari agamanya.
“Akhirnya media sosial telah menjadi kayu ukur buku amalan seseorang dimata manusia. Tahniah iblis.
“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pengiktirafan Mu itu lebih maha penting daripada pengiktirafan manusia,” kongsinya lagi.
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.