Pengarah dan penerbit, Sharulezad Mohameddin atau Budak Ijat tampil memberikan pendapat berhubung tindakan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang didakwa menggunakan sentimen agama susulan pelancaran video muzik (MV) lagu terbaharunya, Ku Ikhlaskan.

Perkara tersebut disampaikan pengarah drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini menerusi entri terkini di akaun Instagram.

Difahamkan, Vida sebelum ini mengharapkan agar peminat yang menghayati lagu dan menonton MV tersebut agar dapat menderma supaya tercapai segera hasrat saham ilmu dan amal kebajikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

“Ya Allah berikan aku kekuatan dari berkata yg bukan bukan pagi ini. Sebab kang kalau aku mencarut gaduh mesti viral. Mesti jadi gaduh. Aku malu lah nak gaduh gaduh sesama sendiri bila umur dah tua tua macam ni.

“Orang sejenis outspoken macam Abam ni memang payah untuk tidak berkata apa apa bila tengok benda benda macam ni. @datoserivida dengan rendah diri saya merayu. Please jangan tunggang agama kita Dato’ tolonglah. Saya rayu ni,” tulisnya.

IKLAN

Ijat turut berpendapat, adalah lebih baik sekiranya ahli perniagaan itu mengunakan kos perbelajaan muzik video tersebut dengan bersedekah kepada anak-anak yatim.

“Duit 400k buat MV tu lagi bagus Dato sedekahkan kat tahfiz anak yatim dari buat MV mahal mahal macam tu, pastu Dato pancing kami semua support Dato dengan gula gulakan kami with this cheap marketing strategi.

“Dato nak pujuk orang tengok MV Dato takper. Buat lah. Tapi jangan buat cara lacurkan agama macam ni yer. Please la,” tulisnya lagi.

IKLAN

Dalam pada itu, Ijat memohon maaf sekiranya pendapat serta tegurannya itu menguris hati dan perasaan figura asal Kelantan itu.

“Datuk Tolonglah, Saya Rayu Ni,” – Shahrulezad Tegur Niat Vida“Datuk Tolonglah, Saya Rayu Ni,” – Shahrulezad Tegur Niat Vida

“Sorry la Dato kalau hujung-hujung saya terpaksa tegur jugak coz this is too much la. Saya jadi triggered! Statement Dato kat Harian Metro ni memang mencabar saya untuk tidak berkata apa.

IKLAN

“Maafkan saya kalau kata kata saya ni mengguris hati Dato dan die hard fan Dato. Saya akan off commenting sebab saya tak nak orang dok bergaduh sesama sendiri kat sini memaki Dato. Peace,” akhirinya lagi menerusi hantaran sama.

Muzik video daripada penyanyi lagu I Am Me itu sudah pun ditonton lebih 1.5 juta kali selepas dua hari dilancarkan di YouTube.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/7MakqUyGT-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI