Selepas menerima perhatian susulan solekan artistik yang dikenakan ketika menduduki kerusi Presiden Netizen di Big Stage 2022 Suku Akhir semalam, Datuk Seri Vida tampil membuat luahan.

Menerusi TikTok, menurut Vida, moodnya tidak baik mengenangkan perkara tersebut.

“Tengok Big Stage (2022) semalam? Barang salah order? Tak baik cakap saya macam tu,” katanya.

@datoserividaofficial Tengok big stage semalam? Barang salah order? Tak baik cakap saya mcm tu 🤣 #datosrivida #viral #bigstage2022 #kuikhlaskandsv ♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

“Stress saya terkejut. Sepanjang hari saya badmood sebab make-up ni,” katanya lagi menerusi hantaran terkininya.

IKLAN
@datoserividaofficial Reply to @datoserividaofficial stress saya terkejut ! Sepanjang hari saya badmood sbb makeup ni 😭 #datoserivida #fypシ゚viral #fypppppppppppppp #tangmo #dsv ♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

Terdahulu, Vida yang lengkap mengenakan persalinan rona biru menerima reaksi pelbagai wargamaya selepas tampil dengan solekan sedemikian.

Malah, rata-rata peminat lebih senang melihat usahawan kosmetik itu tampil dengan solekan ringkas.

IKLAN

“Barang Salah Order? Tak Baik Cakap Saya Macam Tu,” – Datuk Seri Vida“Barang Salah Order? Tak Baik Cakap Saya Macam Tu,” – Datuk Seri Vida

Di dalam perkongsian di Instagram, DSV memuat naik video sekitar penggambaran video muzik lagu terbarunya berjudul Ku Ikhlaskan.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Vida menambah, dia tampil berbeza dalam muzik video terbarunya itu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Coming soon, Lagu terbaru saya Ku Ikhlaskan. 360 darjah dari Dato Seri Vida yang anda kenal. Rakaman mengambil masa 10 malam, music video lima hari dan menelan kos sebanyak RM400,000,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI