Pelawak, penyanyi dan pelakon Saiful Apek memberikan penghormatan terakhir buat penerbit, Allahyarham Mohd Ismadi Ismail, 50, yang telah pergi dijemput Illahi pada 1 Januari lalu.

Menurut Apek,52, panggilan nama Apek itu sendiri sebenarnya telah diilhamkan arwah sebagai suatu percubaan menerusi program hiburan Melodi sekitar tahun 1996.

“Dapat Gelaran ‘APEK’ Dari Beliau Selaku Penerbit, Eksperimen Dalam Melodi,” – Ingatan Saiful Apek Buat Sahabat, Allahyarham Ismadi “Dapat Gelaran ‘APEK’ Dari Beliau Selaku Penerbit, Eksperimen Dalam Melodi,” – Ingatan Saiful Apek Buat Sahabat, Allahyarham Ismadi

“Mendapat gelaran ‘APEK’ dari beliau selaku penerbit, juga sahabat yang takkan mungkin saya lupakan sampai bila-bila, sebagai eksperimen dalam program @meloditv3 (1996) di @tv3malaysia & sehingga ke hari ini kekal terus dengan ‘stagename’ yang menjadi asbab tuah rezeki saya dalam industri seni & terus sinonim pd semua,” tulisnya.

IKLAN

Hantaran tersebut dikongsikan kembali anggota kumpulan Sa.Ya ini yang kini sedang bersaing di program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) ini.

“Khabar Duka : Awal 2022 Jan 1/1. Sahabat lama kami team senario dari Media Prima – ALLAHYARHAM Ismadi, suami kepada rakan artis kami, @anitabaharom telah pulang ke Rahmatullah pada pukul 8:30am pada Sabtu amat menyedihkan ramai rakan2 bidang penyiaran serta rakan artis yg pernah bekerja bersama Allahyarham Madi.

IKLAN

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

“Aamiin Yarabal Allamin. Selamat Pulang Sahabat lama kami. Salam Takziah buat Keluarga Anita & Keluarga Allahyarham,” kapsyen yang tertera.

IKLAN

Terdahulu media melaporkan arwah yang juga suami kepada pelakon Anita Baharom itu menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kencing manis di kediamannya di Shah Alam, Selangor, jam 8 pagi.

Anita dan arwah Ismadi mendirikan rumah tangga sejak 16 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI