Pelakon Ezzaty Abdullah ada memuat naik dedikasi istimewa bersempena dengan kelahiran anak pertamanya, tanggal 6 Disember lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ezzaty ada memuat naik foto throwback saat mengandungkan Harum Dalia.

“Ni gambar seminggu sebelum @harumdalia keluar bagi sinar dalam hidup ibu. Dalam perut Harum memang tak reti duduk diam.

“Kalau diam tu sebab dia tidur je. Sama la sekarang pun. Kalau tidur je Harum diam.

IKLAN

“Kadang-kadang rasa macam nak sumbat masuk dalam perut balik. Tapi bila dia tidur rasa tenang, sayang, rindu nak dia bangun, macam-macam hal lah,” tulis Ezzaty panjang lebar.

IKLAN

Pada masa sama, isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini juga turut memberitahu begitu cepat masa berlalu.

“Kejap je rasanya. Tak lama lagi dah besar, ada BF pastu nak kahwin pulak dah. Oh no!!!! Cepatnyerrrrr,” maklumnya lagi.

IKLAN

Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan ucapan tahniah dan moga kehidupan mereka sekeluarga sentiasa dirahmati.

Foto : Instagram Ezzaty Abdullah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI