Aduh pasti cemas perasaan setiap ibu dan bapa bila anak tercinta mengalami kecederaan walaupun hanya luka kecil.

Kalau luka kecil pun dah cukup untuk buat ibu bapa tak senang duduk apatah lagi kalau dahi luka dan terkoyak kan? Pasti korang yang sudah bergelar ibu dan bapa sahaja yang faham bagaimana rasanya.

Baru-baru ini MH ada terlihat perkongsian salah seorang ahli kumpulan nasyid popular, Bazli UNIC yang berkongsi gambar anaknya yang mengalami luka dan dahi terkoyak kerana terhantuk bucu dinding.

Alahai pilu hati MH melihat gambar anak Bazli yang berlumuran darah di dahinya.

IKLAN

“Anak ayah @affan_bintangsyurga luka.. Berderau ayah td tgh meeting d astro tiba2 mama call gtau nada berbeza affan jatuh. Terus pecut ke pantai hospital ampang. Bismillah…,”

“dah mcm anak syria ayah tgk affan.. insya Allah xd pape. lari2 trhantuk bucu dinding. affan sedang lalui proses kedewasaan. doakan yg terbaik utk affan. @affan_bintangsyurga,” tulis Bazli.

Rata-rata peminat Bazli mendoakan kesembuhan anaknya dan masing-masing juga turut menceritakan pengalaman yang sama menimpa kepada anak mereka.

eija75: Syafakallah affan… Biasalh bdk² nk bsr mmg mcm ni… Tringat ank sya msa kecik² dulu…jatuh tgga tgolek² smpai pecah bibir…

IKLAN

_syafiqahmalan: Ya Allah tengok pun terasa sakit.Semoga cepat baik yaa affan ?

nurafiqahairudin: Allahu..smoga semalamt semuanya. Teringat pula adik sy terhantuk bucur simen

IKLAN

Apapun melalui posting terkini Bazli, anaknya sudah mula nampak sihat juga ceria dan penyanyi nasyid ini telah mengucapkan terima kasih atas doa peminat buat anaknya.

“Terima kasih yg mendoakan @affan_bintangsyurga . Anak lelaki mmg hebat.. Syukurlah anak hebat,” tulisnya.

Orang kata malang itu tidak berbau, MH doakan semoga luka di dahi anak Bazli ini beransur pulih dan sembuh sepeti sediakala.

Sumber: Instagram Bazli UNIC

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI