Pelakon, Rita Rudaini ada menitipkan pesan buat kedua-dua anaknya supaya sentiasa menjadi lelaki yang baik serta taat pada agama.

Jelas Rita lagi, andai kata satu hari nanti anak-anaknya itu bakal berkahwin, dia berharap agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab sebaiknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

 “Mommy doakan anak-anak mommy jadi lelaki yang taat pada agama dan di segani. Dah nikah nanti jangan malukan mommy. Nanti orang kata mommy tak ajaq anak,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon filem, Anak Mami Junior ini juga menyifatkan segala tindak tanduk anak-anaknya itu nanti adalah merupakan hasil didikkannya sendiri.

IKLAN

“Ampa buat tak ketahuan hala kat bini ampa, mommy sakai ampa. Mommy takkan marah anak orang. Apa-apa buruk baik anak-anak mommy semua atas didikan mommy, katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan semoga usaha Rita dalam mendidik anak-anak akan sentiasa dipermudahkan.

“Dah Nikah Nanti Jangan Malukan Mommy,” – Rita Rudaini Harap Anak-Anak Dapat Jadi Lelaki Baik & Taat Agama “Dah Nikah Nanti Jangan Malukan Mommy,” – Rita Rudaini Harap Anak-Anak Dapat Jadi Lelaki Baik & Taat Agama “Dah Nikah Nanti Jangan Malukan Mommy,” – Rita Rudaini Harap Anak-Anak Dapat Jadi Lelaki Baik & Taat Agama

IKLAN

Untuk rekod, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Aidil Zafuan pada tahun 2008.

Bagaimanapun, mereka berpisah kira-kira lima tahun selepas itu dan hasil perkongsian hidup, keduanya dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang masing-masing berusia 12 dan 10 tahun.

IKLAN

Terbaru, Rita kini dilihat sibuk mempromosikan telemovie terbaru yang berjudul Kerana Korona yang kini sedang ditayangkan disaluran Astro First.

Selain Rita, telemovie ini turut dibintangi pelakon hebat lain antaranya Rashidi Ishak, Ummi Nazeera, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI