“Dah Nak Bagi Ubat Penawar Bising Pulak,” – Tolak Vaksin Covid-19, Michael Ang Kesal Sikap Individu Yang…

Setelah hampir setahun menbendung penularan wabak Covid-19, kumpulan pertama bekalan vaksin Pfizer-BioNTech membabitkan 312,390 dos telah selamat tiba di Malaysia melalui pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang serta Johor dan Pulau Pinang pada 21 Feb lalu.

Bagaimanapun, isu pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia ini telah menjadi perbualan hangat kalangan netizen selepas ada segelintir yang menolak untuk menerima vaksin tersebut.

Lalu, pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang ada meluahkan pendapat mengenai perkara tersebut di laman media sosial Instagram miliknya.

Kongsi Michael, dia berasa kesal dengan segelintir sikap netizen yang menolak untuk menerima vaksin tersebut meski akan diberikan secara percuma oleh pihak kerajaan.

IKLAN

“Salam semua! Cuba fhm kan aku! Cannot brain org yg tak nak ambik vaccine ni. Mcm mcm la org2 Malaysia ni. Suruh pakai mask n haram kan diri pun susah!

“Ni dah nak bagi ubat penawar bising pulak. Lagi Cepat semua dot vaksin kan lagi Cepat kita semua boleh Jalani hidup mcm biasa balik.

“Boleh kerja Ada gaji! Pelik sungguh manusia! Atau Ada benda yg aku tak tahu ni? Sila jelaskan! Luv u all n stay safe n have a great weekend!,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pendapat mengenai tersebut di ruangan komen entri berkenaan.

IKLAN

Foto: Instagram Michael Ang, Website MOH