Pelakon Sophia Albarakbah berkongsi detik cemas saat melakonkan watak pontianak di dalam filem terbaharu Saka Perawan.

Menurut Sophia, sewaktu melakonkan adegan terbang, tali yang mengikat kedua-dua kakinya dikatakan telah terputus dan dia terpaksa diturunkan segera bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

“Dah Naik Tinggi & Meniarap,” – Ikatan Di Kaki Terputus Ketika Babak Terbang, Sophia Albarakbah Kongsi Detik Cemas

“Antara cabaran yang terpaksa saya lalui ialah bila pertama kali merasai pengalaman tergantung dengan menggunakan ‘rigging’ untuk melakonkan babak hantu terbang.

“Pada awalnya memang takut tapi bila dah banyak kali terbang, rasa seronok pula. Ia pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

“Namun, ada satu babak yang saya tergantung dalam keadaan meniarap. Mereka ikat saya di bahagian belakang dan kedua-dua belah kali.

“Bila sudah naik tinggi, kedua-dua ikatan di bahagian kaki itu terputus. Saya panik dan pihak produksi segera turunkan saya. Mereka juga sudah siapkan tilam,” katanta kepada MH.

IKLAN

Sophia berkata sedemikan ketika ditemui dimajlis tayangan perdana filem Saka Perawan, baru-baru ini.

“Dah Naik Tinggi & Meniarap,” – Ikatan Di Kaki Terputus Ketika Babak Terbang, Sophia Albarakbah Kongsi Detik Cemas “Dah Naik Tinggi & Meniarap,” – Ikatan Di Kaki Terputus Ketika Babak Terbang, Sophia Albarakbah Kongsi Detik Cemas

Pada masa saya, pelakon berusia 30 tahun ini juga akui teruja apabila dapat keluar daripada zon selesa dan mencuba watak komedi.

“Watak saya tidak terlalu sukar tapi menyeronokkan. Malah, ia watak kelakar. Sebelum ini, saya selalu bawa watak yang bermain dengan emosi. Namun, kali ini cabarannya berbeza.

IKLAN

“Saya berlakon dengan ramai pelawak. Jadi, tak susah saya nak dapatkan
mood kelakar itu. Ini juga pertama kali saya membawa watak sebagai pontianak yang kelakar. Jadi, saya enjoy,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Sophia akui teruja apabila berpeluang untuk menimba ilmu bersama pelakon-pelakon senior di dalam filem ini.

“Dah Naik Tinggi & Meniarap,” – Ikatan Di Kaki Terputus Ketika Babak Terbang, Sophia Albarakbah Kongsi Detik Cemas “Dah Naik Tinggi & Meniarap,” – Ikatan Di Kaki Terputus Ketika Babak Terbang, Sophia Albarakbah Kongsi Detik Cemas

IKLAN

“Saya seronok bila dapat terlibat di dalam filem ini kerana ia menggabungkan pelakon lama dan baharu. Jadi, kita dapat merasai semangat daripada dua generasi.

“Perkara yang paling menyeronokkan bila berlakon dengan pelakon otai, mereka suka berkongsi. Sambil lepak di set, mereka akan berborak dan berkongsi ilmu.

“Yang paling banyak berkongsi ilmu dengan saya adalah ibu Fauziah Nawi. Dia seorang yang sangat tenang. Orang yang tak kenal sahaja akan ingat dia garang,” akhirinya.

Terdahulu, Saka Perawan merupakan sebuah filem bergenre seram komedi yang dibintangi barisan pelakon seperti Azlee, Fauziah Nawi, Isyariana, Nellisa Nizam dan Datuk Eizlan Yusof.

Filem terbitan Grand Brilliance itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 Jun ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI