Pelakon Mawar Rashid menerusi Instagram ada berkongsi mengenai kisahnya bersama suami suami, Raff Yaakob.
Tulis Mawar, dia ada memberitahu suami yang mereka sudah lama tidak selfie bersama. Lalu, Raff menjawab bukan hanya selfie, tetapi banyak lagi perkara lain yang tidak lagi dilakukan bersama seperti pada awal bercinta dahulu.
“Tadi Mawar kata “dah lama tak selfie dengan Abang” Pastu Raf jawab “Alaa, shian dia. Bukan nye selfie je, dah lama kita tak buat banyak benda berdua, macam dinner sama2, movie sama2.
“Tapi kalau kita keluar dinner berdua mesti kita rasa macam first time dinner sekali kan? Like our first date hehe,” tulisnya.
Ads
Mawar yang kini sedang dapam tempoh berpantang memberitahu agar suaminya itu bersabar.
“Sabar sikit je kay, Anje dah nak abis pantang da. Love you Husband, you’re my number one @rafyaakob,” akhiri Mawar.
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein yang telah pun selamat dirisik bakal suami dalam sebuah majlis yang dilangsungkan sebentar tadi.
Difahamkan, keluarga belah lelaki yang berasal dari Kelantan, telah bertandang ke kediaman pihak perempuan di Cyberjaya.
Turut disempurnakan ialah sesi menyarung cincin buat Elly Mazlein oleh ibu bakal suami sebagai simbol penyatuan dua jiwa.
Majlis tersebut hanya dihadiri kedua ahli keluarga.
Semalam, penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu ada memuat naik beberapa foto yang berkaitan dengan majlis yang bakal dilangsungkan itu di Instagram.
Menerusi sekeping foto yang dikirimkan pembaca, bintang itu dilihat cantik mengenakan gaun rona keemasan sedondon dengan permata hati, Putri Sara Sephia yang kini mencecah usia tiga tahun.
Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014, bagaimanapun berpisah pada 15 Oktober 2015.
Elly menerusi temu bual bersama media mengakui bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan, namun semuanya akan dijelaskan secara terperinci menerusi satu sidang media khas.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Ashraf Muslim berkesempatan meluangkan masa bersama keluarga untuk meraikan Aidilfitri.
Menurutnya, sudah beberapa bulan tidak berjumpa kerana dia sebelum ini disahkan positif COVID-19, sekembalinya dari menjalani penggambaran sebuah drama bersiri di Inverness, Scotland, penghujung bulan Mac lalu.
“Weekend baru ni blk kampung jumpa family dan dapat berkumpul bersama-sama setelah berbulan-bulan x jumpa. Seronok rasanya.
“Semoga Allah tidak menarik kasih sayang dan hidayah yang telah diberikan kepada kami selama ini dan lindungilah kami ya Allah,” tulisnya.
Bertemakan rona hijau, Ashraf bersama kedua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi serta anak-anak merakam momen indah bersama famili.
Terdahulu, Ashraf, 39, dirawat di hospital itu sejak 12 April lalu apabila disahkan positif wabak Covid-19 lalu terpaksa menjalani rawatan dan kuarantin di Hospital Sungai Buloh.
Untuk rekod, Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 dan kemudiannya berkahwin dengan dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013.
Ashraf turut dikurniakan empat cahaya mata menerusi dua perkahwinan berkenaan.
Foto: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti terkenal, Noor Neelofa sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila bakal berkerjasama dengan Airbnb menerusi penganjuran rumah terbuka pertama mereka bersempena musim perayaan ini.
Hos program Next To Neelofa itu kini menambah Hos Airbnb ke dalam ‘portfolio’ seninya sekaligus mengalu-alukan tetamu ke salah satu penginapan Airbnb kegemarannya yang mesra keluarga di kawasan luar bandar Selangor.
Neelofa akan mengehoskan penginapan ini bersama dua Superhos Airbnb tempatan, Susean dan Izu.
Menariknya, pada sesi berkenaan tetamu berpeluang menghayati keindahan alam semula jadi selain mengamati keramahan hos-hos mereka, termasuk sesi masakan hidangan khas Raya yang diilhamkan daripada salah satu resipi keluarganya.
Terletak kurang dari satu jam dari Kuala Lumpur, Sekebun Bunga menawarkan percutian bertemakan alam semula jadi yang indah untuk tetamu beristirahat dan mengeratkan silaturahim dengan orang tersayang.
Vila ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur yang selesa dan satu dapur yang serba lengkap, dikelilingi hutan yang subur dan aliran sungai yang mendamaikan.
Neelofa berkata, sambutan Aidilfitri pastinya menjadi momen bersama buat semua yang meyambutnya, termasuk dirinya sekeluarga.
“Raya merupakan masa yang paling penting dan bermakna buat saya dan keluarga. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi Hos Airbnb dan mengacarakan Rumah Terbuka Airbnb yang pertama di salah satu penginapan Superhos kegemaran saya di luar bandar.
“Saya tidak sabar untuk berkongsi dengan tetamu suasana penuh kemesraan dan keramahan yang merupakan bahagian penting dalam perayaan keluarga saya sendiri, serta memasak bersama mereka,” katanya.
Sementara itu Pengurus Besar Airbnb Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, Amanpreet Bajaj, berkata;
“Hari Raya Aidilfitri merupakan antara perayaan paling penting setiap tahun, dan kami tahu pentingnya mencari ruang yang sesuai untuk meluangkan masa serta meraikan perayaan ini bersama orang tersayang.
“Bersama Neelofa dan dua Superhos tempatan kami Susean dan Izu, kami berharap Rumah Terbuka pertama kami dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mencipta dan menikmati detik terindah bersama orang tersayang,” katanya.
Sebagai info tambahan, Rumah Terbuka Airbnb akan berlangsung selama dua malam dari 20 hingga 22 Mei 2023 depan dan penginapan sekali sahaja (one-off) ini boleh memuatkan sehingga tujuh orang tetamu.
Tempahan dibuka bermula 15 Mei 2023 depan menerusi laman web rasmi mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komposer dan penyanyi, Ajai, menarik perhatian peminat apabila berkongsi beberapa foto kandid bersama penyanyi berbakat besar, Nadeera, di media sosial.
Perkongsian itu sekali gus memberi...