Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat berkongsi mengenai keadaan terkininya yang sedang menanti detik untuk bersalin anak kedua.
Menurut Ayda, kandungannya kini sudah memasuki bulan kelapan dan sebagai ibu yang hampir bersalin, dia mulai mengalami beberapa kekangan.
“Dah hujung-hujung ni sis… tidur tak lena, ke kiri salah, ke kanan salah. Berdiri lama penat, duduk lama sakit pinggang pulak, nak makan pun mengah. Tendang tendang jangan cakaplah.
Ads
“Sikit je lagi baby… @ananaylaofficial keluar 18 hari awal. Yang ini kita kira nanti. Mommies beranak on time tak?,” tulisnya menerusi salah satu hantarannya di Instagram.
Pelakon dan penyanyi, Azza Elite akui terkesan dengan pemergian bekas anggota kumpulan nasyid, Inteam, Suhaimi Saad yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Rabu.
Menurut Azza atau nama sebenarnya Noor Azzarima Zawari, dia sering mengikuti sesi siaran langsung Suhaimi di aplikasi Tik Tok yang sarat dengan perkongsian ilmu.
“Al-Fatihah, Suhaimi Saad. Rajin juga tengok sesi live arwah di Tik Tok. Selalu berpesan pesan . Lucu-lucu arwah tapi bermesej. Semoga dia selalu dilimpahi rahmat dan kurniakannya syurga Firdaus,” tulisnya di Instagram.
Malah, Azza turut memuji cara Suhaimi
menunjukkan kasih sayangnya terhadap isteri, Ina Naim yang dapat dilihat ketika sesi siaran langsung.
“Allah pasti akan permudahkan urusan buat Ina dan anak-anak. Suka tengok live sebab Suhaimi suka ngusik Ina. Setia dia dekat Ina. Sayang betul dia dekat isteri dia,” kongsinya lagi.
Walaupun tidak mengenali Suhaimi secara rapat namun, Azza menyifatkan pemergian Suhaimi ini amat menyentuh hatinya.
“Bab-bab macam ini memang tak boleh la. nangis la pula. Asal Suhaimi meninggal ni saya sebak. Bukan kita kenal pun.
“Pernah jumpa sekali ja tapi macam tersentuh pula bila Suhaimi tiada. Kematian yang hidup untuk Suhaimi. MasyaAllah,” akhirinya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan perasaan yang sama selain turut mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.
“Bab Allah memang sangat dijaga. Insan terpilih. Allahuakbar.
“Hidupnya penuh kebaikkan.
“Kematian yang dicemburui. Pengakhiran itu lebih utama.
“Saya juga selalu tengok Tik Tok live dia. Memang dia selalu nasihat untuk melakukan kebaikkan.
“Selalu nampak ikhlas ketika live Tik Tok. Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang-orang beriman.
Semalam, Suhaimi Saad, 43, disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam di Unit Rawatan Rapi (ICU), HSI akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Suhaimi dimasukkan ke HSI dan ditidurkan sejak Jumaat lalu berikutan keadaan kesihatan merosot selepas batuk teruk sejak Ogos lalu dan mengalami cirit birit.
Memetik laporan BH Online, Suhaimi telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi Johor jam 9 pagi tadi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Azza Elite & BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biarpun sudah beberapa kali menerima desakan untuk mendedahkan identiti, pempengaruh, AZ Pemurah bagaimanapun memilih untuk terus menyembunyikan wajah sendiri ketika menyantuni golongan yang memerlukan.
Kongsi AZ Pemurah, dia lebih senang dengan menyembunyi identiti kerana takut jika perasaan riak dan takbur mula menguasai diri sendiri kerana suka dengan perhatian ketika melakukan kebajikan.
“Memang ramai yang tanya, siapa AZ Pemurah ini. Kalau dalam video atau gambar pun, memang saya tak akan tunjuk wajah. Bukan apa, lebih kepada menjaga diri sendiri daripada pelbagai perasaan takbur dan riak.
“Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Tuhan tahu niat dan keikhlasan saya. Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke alam berbeza,” ujarnya.
Pempengaruh yang juga usahawan itu ditemui ketika program Pengagihan Makanan Menyantuni Gelandangan di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, AZ Pemurah berkata, mereka yang pernah dibantu juga memahami dan menghormati permintaannya untuk tidak menyebarkan wajah serta identitinya.
“Adakala bila saya pergi ke program-program kebajikan, saya tak pakai pelitup muka. Kadang-kadang, terjadi spontan kan. Tetapi mereka tak ambil video atau gambar pun, hormat cara saya.
“Walaupun mungkin ramai yang tertanya-tanya, saya lebih senang begini sahaja. Kalau ada yang nampak wajah saya di luar, saya minta jangan sebar atau muat naik. Alhamdulillah, mereka hormat permintaan saya,” katanya.
Diaju soalan pernahkah dia menerima kecaman lantaran memuat naik video-video kebajikannnya di media sosial, AZ Pemurah berkata, jarang sekali dia menerima komen berbaur negatif.
“Mungkin daripada 1,000 komen, ada satu yang kecam. Tetapi Alhamdulillah, tidak melampau dan kasar pun.
“Mungkin sebab saya sendiri tidak tunjuk identiti di media, jadi kalau nak cakap mahu perhatian jauh sekali kan.
“InsyaAllah, saya akan kekal dengan cara begini. Lebih senang,” katanya yang turut memiliki lebih 1.5 juta pengikut di TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit, Michael Ang berang dengan sikap segelintir pihak yang terlalu ekstrem memboikot sehingga merakam video orang lain tanpa kebenaran ketika mereka sedang makan di restoran yang mempunyai pertalian dengan Israel.
Menurut Michael, tindakan memerli juga tidak akan menyelesaikan sebarang masalah.
“Tengok dekat Tik Tok meriah orang buat video dan kongsi fasal orang kaum Muslim masih makan dekat restoran-restoran yang si perakam nak boikot. Seriously perlu ke buat mcm tu.
“Kau nak boikot, kau boikot la. Kenapa nak buat video macam membuka aib yang makan tu tak boikot dan kapsyen ‘meminta’ dan bahasa lagi sial dari orang Israel,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh penerbit drama One Million Dollar Voice itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Michael turut menyifatkan tindakan memboikat adalah pilihan individu dan tidak boleh dipaksa.
“Mana kamu semua tahu mereka tak sokong Palestine dan mereka tak buat apa-apa untuk Palestin? Berhentilah tunjuk kamu macam ‘ter Palestin’ sekali.
“Kalau aku orang dalam video tu, memang aku saman korang. Niat murni kau orang nak berboikot sekarang dah menjadikan korang macam orang Israel. Memaksa orang ikut tekak kau,” ujarnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain turut menyeru kepasa semua pihak untuk tidak berbalah dalam isu memboikot ini.
“Setuju! Nak boikot silakan. Hak masing-masing. Tak payah nak jadi terpaling palestine tapi hakikatnya duduk cari salah orang. Bawak-bawak la bertaubat. Mohon saman si kaki rekod tu. Kena ajar sikit.
“Betul. Siapa nak boikot, boikot. Jangan pergi ambil video oran lain. Itu dah
menganaiya namanya. Nak suruh orang lain tengok ke depa tak boikot?
“Sebenarnya kita boleh saman siapa ambil gambr sesuka hati macam tu. Benda tak haram. Boikot atau tak boikot, pilihan masing-masing.
“Saya sekarang fikir macam ni, mereka yang sebar video orang macam tu, Allah pandang lagi tak niat mereka sokong Palestine tu. Niat baik tapi buat kerja jahat,” antara komen-komen netizen.
Semalam, tular sepotong video di aplikasi Tik Tok yang memaparkan beberpa pelanggan beragama Islam sedang makan di sebuah restoran makanan segera terkemuka.
Video tersebut kemudiannya menimbulkan reaksi bercampur baur di kalangan netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.