Penyanyi, Lan Solo ada menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-11.

Bersama entri berkenaan, Lan turut berkongsi foto bersama isterinya, Sheila Razlan sewaktu perkenalan mereka di alam persekolahan.

Menurut Lan, mereka telah berkenalan hampir 10 tahun sebelum memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan.

 “Kenai awek sebelah ni awai tahun 1999. Kawan sekolah kan. Kapel terus. 10 tahun jugak la tempoh perkenalan sebelum ke jinjang pelamin. Dugaan dia..fuhhh.

“Tapi itulah namanya jodoh. Alhamdulillah. 5 Disember 2009 adalah tarikh kami berdua diijab kabul.

“Dan tahun ni adalah ulang tahun perkahwinan ke 11 kami. Yeay! Happy anniversary sayang, Sheila Razlan. Love you sampai jannah! Amin,” tulisnya di Instagram.

IKLAN

Menerusi sebuah entri berasingan, Sheila juga ada mendedikasikan ucapan bersempena hari istimewa mereka itu.

Sheila secara berseloroh memberi tahu, memandangkan tarikh keramat mereka itu jatuh pada setiap 5 hari bulan, dia berharap agar Lan tidak lupa untuk melunaskan segala pembelanjaan keluarga.

“Dah Boleh Kot Naikkan Nafkah Bulanan I,” – Rare Sungguh! Lihat Cara Lan Solo & Isteri Beri Dedikasi Sempena Anniversary Ke-11

“Dah Boleh Kot Naikkan Nafkah Bulanan I,” – Rare Sungguh! Lihat Cara Lan Solo & Isteri Beri Dedikasi Sempena Anniversary Ke-11

IKLAN

“Selamat 11 tahun love! Dengan ucapan setiap 5 hari bulan jangan lupa bayar duit kereta, rumah, bil api air, sewa rumah Sabah, yuran sekolah anak, duit upah ar Rahnu, eh laa.

“Belom habis lagi, sabar. Minyak kereta tolong isi full tank, groceries, zakat, LHDN, dan paling penting dah boleh kot naikkan duit nafkah bulanan I kan? Especially bulan ni. Please. Apa lagi ek? Takpe, kalau ada teringat kang I edit lagi ucapan ni.

“Ucapan tambahan, good luck Vokal Mania malam ni. Kalau menang balik ni I masak nasi dan goreng telur untuk you. Deal? Sweet tak ucapan I? Dengan ucapan ini I harap you takutlah nak sweet-sweet dengan mana-mana perempuan dekat luar sana tu selain Nur Sheila Binti Hassim,” kongsinya.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji telatah lucu pasangan tersebut selain turut mendoakan semoga Lan dan Sheila kekal bahagia hingga ke jannah.

“Dah Boleh Kot Naikkan Nafkah Bulanan I,” – Rare Sungguh! Lihat Cara Lan Solo & Isteri Beri Dedikasi Sempena Anniversary Ke-11 “Dah Boleh Kot Naikkan Nafkah Bulanan I,” – Rare Sungguh! Lihat Cara Lan Solo & Isteri Beri Dedikasi Sempena Anniversary Ke-11

Terdahulu, Lan dan Sheila telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Disember 2009.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Akid Qassyaff, dan Nur Aman Quxandra

Sumber: Instagram Lan Solo & Sheila Razlan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI