Penyanyi, pelakon dan pengacara, Adibah Noor menitipkan ucapan positif kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya sejurus dia diserang Bell’s Palsy baru-baru ini.

Menurut Adibah, meski pun dia mengalami sedikit kesukaran untuk bercakap tetapi dia percaya dengan menjalani beberapa siri rawatan lagi, wajahnya akan pulih seperti sedia kala.

“Assalamualaikum. Saya cuma nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada anda semua, ahli keluarga, sahabat handai dan juga rakan-rakan di media sosial yang mencurahkan kasih sayang dan doa atas kesembuhan saya.

“Boleh nampakkan cara saya cakap pun lain. Gigi kat sini mulut dekat sana. InsyaAllah dengan terapi dan fisioterapi saya dapat pulih sepenuhnya.

IKLAN

“Tapi yang paling penting saya ingin berterima kasih kepada semua pihak yang bagi tips serta segala jenis cadangan terutamanya mengeani tempat-tempat fisioterapi dan jenis-jenis supplement,” kongsinya.

Ucapan tersebut dikongsikan oleh Adibah menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Twitter.

IKLAN

Dalam pada, Adibah turut mengakui dia berasa sangat terharu dengan kasih sayang dan keperihatinan orang ramai terhadap dirinya.

“Terima kasih sangat-sangat. Saya rasa sangat terharu dengan kasih sayang yang anda curahkan kepada saya. Stay safe semua,” katanya lagi.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen gembira melihat berkembangan terkini Adibah selain turut berharap agar penyanyi ini dapat sembuh seperti sedia kala dalam masa yang terdekat.

“Boleh Nampak Cara Saya Cakap Pun Lain, Gigi Kat Sini Mulut Dekat Sana,” – Dapat Respon Keluarga & Peminat Selepas Diserang Bell’s Palsy, Ini Kata Adibah Noor “Boleh Nampak Cara Saya Cakap Pun Lain, Gigi Kat Sini Mulut Dekat Sana,” – Dapat Respon Keluarga & Peminat Selepas Diserang Bell’s Palsy, Ini Kata Adibah Noor “Boleh Nampak Cara Saya Cakap Pun Lain, Gigi Kat Sini Mulut Dekat Sana,” – Dapat Respon Keluarga & Peminat Selepas Diserang Bell’s Palsy, Ini Kata Adibah Noor

Media sebelum ink melaporkan, Adibah menghidap gangguan saraf tersebut ketika sedang menggosok gigi kira-kira tiga minggu lalu dan kini kini giat menjalani rawatan pemulihan.

Sumber: Twitter Adibah Noor

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI