Pelakon Rozita Che Wan atau lebih sinonim dengan panggilan Che Ta tidak dapat menyembunyikan rasa kagum dan hormat terhadap pengorbanan dilakukan oleh ibunya yang sanggup membesarkan enam orang anak tanpa insan bergelar suami di sisi.
Menerusi entri di Instagram, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu turut berharap agar suaminya, Zain Saidin dapat setia dan sentiasa berada di sisinya walau apa pun terjadi.
“Arwah daddy meninggal masa tu umuq mak 35 thn..anak 6 org, umuq adik paling bongsu baqu 50 haqi , mak tak gaduh pun nk menikah lain , sebab mak setia.. haqap2 anak mak ni pun setia @zainsaidin,” tulisnya.
Ads
Sebagai rekod, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rania Zain.
Ads
Che Ta turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertama iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Penyanyi Indonesia, Melly Goeslaw berkongsi satu video di laman Instagramnya, semalam mengenai seekor kucing yang ‘terburai’ isi perutnya berikutan di langgar kereta.
Menurut Melly, kucing itu bukanlah haiwan peliharaannya namun dia dan keluarganya sering memberi kucing itu makan di hadapan rumah.
Susulan tidak tahan melihat keadaan kucing itu membuatkan Melly memohon agar kereta-kereta yang melalui kawasa perumahannnya tidak dipandu laju.
“Ini bukan kucing peliharaan kami,tp tiap hari kami kasih dia makan di depan rumah. Barusan saya pulang, dia baru sahaja ditabrak mobil yang lewat.
“Tolong dong siapapun yang suka lewat di daerah Putri Bintaro hati2, disini banyak banget kucing. Dan sebaiknya anda yang tadi nabrak mengambil kucing itu dan bawa ke rumah sakit hewan.
“Skrg sudah kami bawa, semoga lewat tangan dingin Dr Fitri di vaterina, ALLAH masih kasih kucing ini selamat. Kalau hidup sy janji kucing ini jd keluarga kami di dalam rumah, bersama 14 kucing lainnya.
“Mohon doanya ya kawan2. Skrg sedang dilakukan oprasi, Bismillah,” tulisnya.
[insert Video]
Sementara itu, dalam perkembangan baru, Melly berkongsi bahawa pembedahan itu berjaya.
“Alhamdulillah, berkat doa dari semua, oprasinya td malam berjalan lancar. Hanya syaraf kaki kanannya ada yang putus, semoga masih ada keajaiban.
“Gak ada yg gak mungkin jika ALLAH berkehendak. Terima kasih ya,” tulisnya.
Berikutan itu, kelihatan ramai ‘haters’ yang meninggalkan komen kejam mengutuk tubuh dan berat penyanyi lagu Heart Attack itu.
Tidak tahan membaca komen tersebut, kakak Demi, Dallas segera membalas kesemua komen jahat netizen itu.
“Korang tau apa? Ini saya nak cakap pada semua tabloid di luar sana yang memanggil adik saya gemuk, pergi matilah sebab dia adalah wanita yang paling cantik kuat dan menakjubkan saya pernah jumpa.
“Maaflah sebab adik saya cantik, masih hidup dah masih berupaya melawan kesemua dugaan hidup ini,” tulisnya bangga.
Selain Demi, MH juga ingin berkongsi 5 selebriti lain yang harus berdepan dengan isu ‘body-shaming’ ini dan kesemua mereka membalas semula kata-kata kejian netizen itu.
1. Selena Gomez
Penyanyi lagu Same Old Love pernah dikutuk apabila muat naik foto memakai baju renang. Dia kemudiannya membalas semula mengatakan dia ‘gembira menjadi diri sendiri’.
2. Tyra Banks
Sebuah akhbar tabloid mengkritik tubuh badan Tyra membuatkan supermodel itu membalas dengan memberikan kenyataan ‘kiss my fat ass’ di live TV.
3. Serena William
Pernah dikutuk mengatakan tubuh badannya kelihatan seperti lelaki. Susulan itu, rakan selebriti, J.K Rowling muat naik foto pemain tenis itu berpakain sungguh cantik sekali dalam sebuah dress berwarna merah.
4. Emma Stone
“Makan sandwich je, kamu nampak macam sakin,” berikut merupakan komen-komen jahat netizen kepada pelakon filem La La Land ini. Namun, itu semua tidak terkesan kepada Emma malah mengajak orang ramai agar tidak berkelakuan sedemikian.
5. Jennifer Lawrence
“Kalau ada sesiapa yang berbisik perkataan ‘diet’ pada saya, saya akan cakap pergi matilah,” katanya tegas terutama kepada mereka yang sering mengkritik tubuh badannya.
Foto/Instagram: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis...