Pelakon jelita, Sophia Albarakbah menafikan khabar angin yang mengatakan dirinya sekali lagi dikaitkan sebagai orang ketiga yang cuba meruntuhkan rumah tangga pasangan selebriti popular.

Lantaran itu, Sophia memohon jasa baik semua pihak untuk berhenti melemparkan tudung tidak berasas itu terhadap dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sophia AlBarakbah (@sophiekoshka)

“Saya biasanya tidak mahu bersuara di media sosial tapi ada satu perkara yang memerlukan saya untuk membuat penjelasan.

“Kepada semua yang menyebut dan kaitkan saya dengan hal rumahtangga pasangan selebriti terkenal, tolong lah.
Bukan saya yang dimaksudkan,” tulisnya.

Rasa kesal itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu menerusi satu hantaran di Instagram.

“Cukup-Cukuplah Salahkan Saya,” – Sophia Albarakbah Nafi Ganggu Rumah Tangga Pasangan Selebriti, Minta Henti Khabar Angin “Cukup-Cukuplah Salahkan Saya,” – Sophia Albarakbah Nafi Ganggu Rumah Tangga Pasangan Selebriti, Minta Henti Khabar Angin

IKLAN

Katanya lagi, dia juga sudah jemu apabila namanya sering kali dikaitkan sebagai wanita perosak rumah tangga.

“Cukup-cukup la salahkan saya. Saya tak mahu lagi mendengar apa sahaja khabar angin melibatkan diri saya. Memang sudah jelas, ia bukan saya. Terima kasih,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menunjukkan tanda sokongan selain turut berharap agar dakwaan-dakwaan tidak berasas ini dapat dihentikan.

“Wahai semua, tolonglah faham. Beliau dah cakap ‘bukan saya’. Silalah hormati.

IKLAN

“Susah menjadi seorang Sophia ni. Makin dikenali, makin banyak ujian. Tak mengapalah. Abaikan sahaja yang negatif. Ramai lagi yang sayang Sophia. Fokus pada diri sendiri dan kerjaya.

“Sebab cantik sangat. Semua orang jadi tak yakin dengan diri sendiri.

“Ini ujian untuk awak. Untung awak dapat saham pahala.

IKLAN

“Saya percaya yang Sophia ini seorang yang kuat dan penyabar. Mana-mana komen negatif tu jangan ambil peduli,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Cukup-Cukuplah Salahkan Saya,” – Sophia Albarakbah Nafi Ganggu Rumah Tangga Pasangan Selebriti, Minta Henti Khabar Angin

Baru-baru ini, seorang pelakon wanita mendedahkan suaminya yang juga merupakan aktor terkenal pernah diganggu oleh seorang rakan artis ketika dia sedang hamil anak pertama.

Lantaran itu, secara tidak semena-mena, netizen mengaitkan nama Sophia sebagai rakan artis yang dimaksudkan itu.

Terdahulu, nama Sophia pernah terpalit kontroversi cinta lokasi bersama Aliff Aziz sehinggalah perkara tersebut didedahkan oleh Bella Astillah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI