Penyanyi, Shila Amzah memaklumkan dia dan tunangnya, Ubai berkemungkinan besar bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada Ogos ini.
Meskipun belum mendedahkan mengenai tarikh sebenar, namun Shila memaklumkan segala persiapan sudah dibuat hampir 70 peratus.
Jelas Shila, dia dan Ubai mahu mengutamakan dahulu keadaan ibu Ubai, Rohani Jamal yang kini masih lagi dirawat di hospital susulan mengalami pendarahan pada bahagian rahim akibat menghidap kanser ovari.
“Perancangannya memang sudah dekat. Ketika ini, ibu Ubai masih berada di hospital. Jadi, selagi ibu Ubai masih di hospital, kita tak boleh nak dedahkan apa-apa lagi.
“Namun, daripada segi perancangan pula, ia sedang berjalan seperti biasa iaitu 70 hingga 80 peratus. Perancangannya sedekat itulah,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut memaklumkan fokusnya bersama Ubai ketika ini adalah untuk memastikan tahap kesihatan ibu berada dalam keadaan stabil dan mampu untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka nanti.
“Bila tiba waktu yang sesuai dan ibu pun sudah keluar hospital, kita akan dedahkan tarikhnya.
Ads
“Bila ibu sudah keluar, barulah kami selesa nak berkongsi. Kalau kami bagitahu sekarang, perasaan kami jadi bercampur baur diantara teruja dan sebersalah. Memang ini perkara baik tapi lebih baik kita doakan kesihatan ibu dahulu.
“Saya akan ke China pada bulan September, jadi segala apa yang ingin saya adakah haruslah berlangsung pada Ogos,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Shila turut berharap agar proses kemoterapi ibu Ubai dapat berjalan dengan lancar.
“Setakat ini, ibu Ubai sedang menjalani rawatan kemoterapi dan tarikh akhirnya adalah esok. Kemudian, dia akan meneruskan kitaran kemoterapi yang ke enam.
“Ibu Ubai nak sangat berada di majlis kami. Baju dan tudung dia pun kita dah beli. Persiapan untuk keluarga boleh dikatakan semuanya sudah selesai,” ujarnya lagi.
Ads
Jelas Shila, dia dan Ubai akan sedaya upaya memenuhi segala kemahuan ibunya menjelang hari bahagia mereka.
“Saya sangat rapat dengan bakal ibu mentua saya. Dia sangat baik dan sentiasa menyokong perjalanan kerjaya saya. Andai kata saya harus berpindah le China, memang dia sangat galakkan.
“Harapan ibu Ubai adalah untuk berjumpa dengan semua orang di majlis kami nanti. Sebagai anak sudah tentu kita akan dahulukan ibu,” akhirinya.
Shila mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert RockMantic Night Judika and The Gang yang berlangsung hari ini.
Ads
Selain Shila, konsert yang bakal berlangsung pada 21 Oktober depan di Axiata Arena, Bukit Jalil turut menampilkan teraju utama Judika dari Indonesia serta dua penyanyi tempatan, Haqiem Rusli dan Marsha Milan.
Pada 27 Mei lalu, Shila mengikat tali pertunangan dengan Ubai yang diraikan dalam sebuah majlis tertutup dihadiri hanya rakan rapat dan saudara terdekat.
Untuk rekod, sebelum ini Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang ada memuat naik beberapa rakaman video di set pengambaran drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa menerusi akaun Instagram miliknya.
Rakaman video antara lain memuatkan gelagat dua bintang utama drama berkenaan, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang kelihatan terpinga-pinga selepas ditanya mengenai kursus kahwin oleh pengarah berkenaan.
“Kamal, Uqasha betul ke korang hari tu pergi kursus kahwin? Aku dengar korang pergi kursus kahwin kan?
“Mengaku jelah betul ke tak? Korang pergi kursus kahwin ya sembunyi-sembunyi? Dekat mana? Perlis? Kuantan?,” soal Michael lalu sambil dinafikan Uqasha.
Sementara itu, Michael menerusi ruangan kapsyen bertanya kepada pengkut sama ada ia gimik atau sebaliknya.
“Salam semua! KAMAL ADLI N UQASHA SENROSE PERGI KURSUS KAHWIN KAT KUANTAN! Kau org rasa ni gimmick Atau KISAH BENAR!
“Kau org rasa mana satu? Yg pasti u all semua kenal I kan! Jarang I buat gimmick2 mcm ni!
“Jgn lupa tgk #perempuantanpadosa kat Astro Ria n RiaHD luv u all n stay safe,” tulisnya.
Terdahulu selain Kamal dan Uqasha, turut sama terlibat di dalam drama berkenaan termasuk Uyaina Arshad, Azza Elite, Shaza Bae, Datin Fadhillah Mansor dan ramai lagi.
Drama ini bersiaran jam 10 malam, setiap Isnin hingga Khamis di slot Megadrama, Astro Ria dan Ria HD.
Video: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Syukur, kebelakangan ini semakin ramai artis wanita kita yang mengambil keputusan untuk mengenakan hijab secara kekal.
Perubahan positif ini nyata mengundang senang peminat, malah penampilan yang kini bertudung dan menutup aurat sekali gus membuatkan diri mereka tampak lebih ayu.
Jadi, ini dia barisan selebriti yang tampil mengenakan hijab setakat September ini.
Ernie Zakri
Mac lalu, penyanyi Ernie Zakri mendapat perhatian ramai apabila dilihat mulai berkongsi penampilannya yang mengenakan tudung di media sosial.
Terbuka berkongsi, penyanyi Boneka ini turut menyatakan hasratnya untuk bertudung sudah tersimpan lama.
Bagaimanapun, niat tersebut kian kuat selepas seluruh dunia diuji dengan penularan pandemik Covid-19.
Mengambil keberkatan Syawal, penyanyi dan pelakon Kilafairy tampil ayu dengan imej berhijab sejak awal Jun.
Tidak lagi sinonim dengan imej seksi, anak kepada penyanyi, Rohana Jalil ini turut mengambil keputusan untuk membuang semua foto lamanya di Instagram yang tidak menutup aurat dengan baik.
Lebih menyentuh emosi, Kilafairy ada memuat naik video yang merakamkan aksi spontan bapa, saat mengenai dirinya sudah pun kekal bertudung.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Cik Manggis
Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin turut mengambil keputusan untuk terus bertudung sekitar Jun lalu.
Pelakon yang juga penyanyi bersama-sama kumpulan De Fam ini menerusi temu bual bersama media memaklumkan, dia bertudung atas kehendak sendiri dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak.
Masih kekal aktif dalam seni, bintang berusia 30 tahun ini turut menambah, suaminya Syazmin Firdaus Aminuddin turut gembira dengan penampilan barunya itu.
Pelakon asal Singapura, Hannah Delisha baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila memuat naik fotonya berhijab di Instagram dengan kapsyen “Bismillah…”
Menolak andaian sesetengah pihak yang membayangkan dia berubah kerana mahu berkahwin, pemilik nama lengkap Hannah Adlina Blackburne Birch ini sebaliknya mengakui dia mengambil keputusan murni itu kerana Allah SWT.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Nikki Palikat mengakui hubungan cintanya dengan jejaka asal Perancis telah pun berakhir sekitar enam bulan lalu. Buat pertama kali dalam tempoh 15 tahun,...