Pergolakan rumah tangga pelakon dan pengarah Syamsul Yusof serta pelakon Puteri Sarah Liyana masih lagi berpanjangan apabila kedua-duanya dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial.

Terbaharu, Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, tampil menjawab kenyataan yang dikeluarkan Syamsul mengapa dia menyekat isteri pertamanya itu menerusi aplikasi perbualan WhatsApp.

Menerusi perkongsian di Insta Story pada pagi Rabu, Sarah mengatakan Syamsul telah memutar belit cerita berkenaan masalah yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

“Twistlah (putar belitkan) cerita selagi boleh. Takpelah nak minta lepas pun. Haaaa jangan lepas ni twist lagi cerita pula ‘Sarah yang minta lepaskan sangat, saya tak nak. Selama ini saya sayang dia’.

“Enough with the play victim drama and blaming (Cukup-cukuplah berdrama seperti anda adalah mangsa keadaan),” tulis Sarah.

“Cukup-Cukuplah Berdrama Seperti Anda Adalah Mangsa Keadaan,” – Puteri Sarah Respon Isu Kena ‘Blocked’

IKLAN

Terdahulu, Syamsul telah memuat naik sebuah video pada tengah malam Selasa mendedahkan dia terpaksa menyekat aplikasi WhatsApp Sarah kerana enggan bergaduh serta mengeruhkan lagi hubungan di antara mereka.

Menurut pengarah filem Munafik itu, Sarah akan mengeluarkan kata-kata kesat setiap kali mereka berbincang mengenai isu rumah tangga sehingga membuatkannya terpaksa mengambil keputusan menyekat aktres itu sejak setahun lalu.

“Kenapa saya block awak? Saya tak nak cakap tetapi untuk elak fitnah saya bagitahu. Orang kutuk saya hina saya bapa iblis dan sebagainya, tak apa saya telan.

IKLAN

“Saya block isteri saya kerana saya seorang yang tidak suka bergaduh. Bagaimana saya nak berkomunikasi dengan awak wahai Puteri Sarah?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

“Awak sentiasa memaki hamun saya, awak dah tak ada rasa hormat, saya tak ada ruang untuk berbicara. Untuk tidak memudaratkan hubungan kita, saya block awak,” katanya menerusi video tersebut.

IKLAN

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat pendedahan mengatakan dia sudah berkahwin buat kali kedua di Thailand dengan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI