Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah kesal apabila ada segelintir portal tidak bertanggungjawab yang bertindak menyunting kenyataan lamanya sehingga boleh mengundang fitnah.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan di Instagram pada Khamis, Bella juga tidak menafikan cerita tidak betul yang dikongsi mampu mengganggu kerja serta kehidupan seharian mereka.

“Assalammualaikum, lama kami berdiam diri. Tetapi hari ini terpanggil untuk buat satu posting berkenaan headline/artikel yang disebarkan di media social (Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube).

“Oleh kerana kami tidak ingin memberikan sebarang kenyataan, para blogger mengambil jalan mudah dengan menggunakan statement Bella pada tahun 2019 dan disunting seolah-olah Bella ada memberi kenyataan yang baru.

“Inilah yang dikatakan fitnah. Kami berusaha berdiam diri tapi makin menjadi. Ramai menyarankan kami untuk ambil tindakan dan saman tapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan.

IKLAN

“Bila kami selalu post gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tidak post cakap kami bergaduh. Kerana dengan segala fitnah yang dilemparkan sedikit sebanyak menganggu kerja kami,” luahnya.

Bella pada masa sama turut memuat naik kembali video lama yang berkaitan sekaligus mahu memperbetulkan keadaan.

IKLAN

“Kami suami isteri sekarang sibuk mencari rezeki, membesarkan anak-anak yang sudah mula bersekolah, dan sedang menjalani rawatan.

“Minta tolong jasa baik anda semua untuk hentikan penyebaran yang tidak berasas ini. Saya sertakan dengan contoh. Video berkenaan mata Bella pedih jadi terpaksa buang contact lens dan tiba-tiba bulu mata pun tercabut. (Video ini pada tahun 2019)

IKLAN

“Tapi video tu diambil dan dijadikan thumbnail, diletakkan headline sebegitu dan disebarkan.

“Terakhir sekali, kami mohon jasa baik semua henti kanlah spekulasi. Kerana kami juga punya keluarga di Sabah/Singapura dan sahabat yang sedang bekerja dan mereka sering ditanya soal ini,” tulisnya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI