Tindakan pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill yang mengambil inisiatif memulakan projek amal menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas barisan hadapan hospital turut mendapat perhatian Hatta Dolmat.

Jelasnya menerusi ruang Instagram, tindakan Radzuan disifatkan sebagai contoh terbaik kerana tidak perlu menghebohkan kepada media amal yang dilakukan, sebaliknya terus melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

“Ni contoh paling bagus takde kecoh2 senyap2 je bust kerja, kalau saya ada kat kl bang wan saya dah pi tolong 😭 tapi saya di Melaka ! Abang wan minta tolong Hatta tapi Hatta kt Melaka 😭 Siapa fashion designer or fashion people, dari dok pom pam situ tak kena ini tak kena, pi tolong Dato @radzuanradziwill ni lagi bagus. .

“If orang tanya Hatta siapa idol Fashion Designer idola Hatta, memang dari dulu Hatta akan cakap @radzuanradziwill dari Masa Hatta ambil degree, masa dia busy nak siapkan baju Tokti nak ke royal Albert Hall, dia sudi layan Hatta nak buat interview untuk thesis Hatta tajuk evolusi Kebaya. Sambil dia buat draping baju Tokti nak pergi Albert Hall,” kongsi Hatta.

IKLAN

Dia turut menyatakan bagaimana kemurahan hati dan sikap merendah diri Radzuan walaupun merupakan satu nama besar dalam dunia fesyen tanah air.

“Hatta habis degree Hatta kerja part time dengan Dato buat illustations masa tu (2005 kot) .

“Pastu masa buat house butik kt cheras lagi 2006 kot mcm tu Dato Call suruh ambil mesen jahit dia ada lebih nak bagi dia suruh ambil kalau nak pakai, tapi kita masa tu tak berberapa nak okay sgt financial tak ambil tapi ingatan tu tak boleh lupa. .

IKLAN

“Jumpa la kat mana mana Dato still humble mcm dulu Hatta banyak belajar pasal rendah diri sebab Hatta tengok keperibadian Dato Radzuan and selalu doa nak jadi macam dia sentiasa rendah diri dan baik budi sebab tu orang akan ingat. .

“Moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati idola ku ini sepanjang hayat nya dan menyeliputi diri nya dan keluarganya dengan berkat dan kasih sayang mu Ya Allah. Amin ya rabal alamin,” tulisnya panjang lebar.

IKLAN
View this post on Instagram

Ni contoh paling bagus takde kecoh2 senyap2 je bust kerja, kalau saya ada kat kl bang wan saya dah pi tolong 😭 tapi saya di Melaka ! Abang wan minta tolong Hatta tapi Hatta kt Melaka 😭 Siapa fashion designer or fashion people, dari dok pom pam situ tak kena ini tak kena, pi tolong Dato @radzuanradziwill ni lagi bagus. . . If orang tanya Hatta siapa idol Fashion Designer idola Hatta, memang dari dulu Hatta akan cakap @radzuanradziwill dari Masa Hatta ambil degree, masa dia busy nak siapkan baju Tokti nak ke royal Albert Hall, dia sudi layan Hatta nak buat interview untuk thesis Hatta tajuk evolusi Kebaya. Sambil dia buat draping baju Tokti nak pergi Albert Hall. . . Hatta habis degree Hatta kerja part time dengan Dato buat illustations masa tu (2005 kot) . . Pastu masa buat house butik kt cheras lagi 2006 kot mcm tu Dato Call suruh ambil mesen jahit dia ada lebih nak bagi dia suruh ambil kalau nak pakai, tapi kita masa tu tak berberapa nak okay sgt financial tak ambil tapi ingatan tu tak boleh lupa. . . Jumpa la kat mana mana Dato still humble mcm dulu Hatta banyak belajar pasal rendah diri sebab Hatta tengok keperibadian Dato Radzuan and selalu doa nak jadi macam dia sentiasa rendah diri dan baik budi sebab tu orang akan ingat. . . Moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati idola ku ini sepanjang hayat nya dan menyeliputi diri nya dan keluarganya dengan berkat dan kasih sayang mu Ya Allah. Amin ya rabal alamin ❤️

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_) on

Terima kasih buat semua rakyat Malaysia yang tampil membantu secara sukarela bagi meringankan beban tugas kakitangan barisan hadapan hospital.

Foto : Instagram Hatta Dolmat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI