Persembahan konsisten menerusi tiga buah persembahan termasuk pusingan ‘battle’ dalam saingan akhir Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) menyaksikan juaranya, Cliff Umar meraih markah tertinggi keseluruhan iaitu sebanyak 71.42 peratus.
Naib juara, Mus yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 pula mengumpul sebanyak 67.51 peratus dan Ayu Damit ditempat ketiga dengan 67.42 peratus.
Rapat mengikuti markah diperolehi Ayu ialah Noraniza Idris yang menduduki tempat keempat keseluruhan dengan 64.23 peratus dan Linda Nanuwil berjaya meraih 63.28 peratus di kedudukan kelima.
Noraniza dan Linda masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 dan RM15,000.
Ads
Oja pula ditempat keenam 61.70 peratus dan Ashira di kedudukan terendah menerusi 60.90 peratus.
Pentas akhir GV2019 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim bersama dua juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow.
Program realiti hiburan tahunan yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Ads
GV sebelum ini telah menobatkan Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Naqiu serta Hadi Mirza sebagai juara musim terdahulu.
Bekas penyampai radio, Ira Mohd Amin telah menerima sebuah hadiah kereta baru model Proton X70 daripada suaminya, Aril Razali.
Momen indah itu dikongsi oleh Ira di laman media sosial Instagram.
Dalam pada itu, Ira meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dimiliki bersama suami tersayang.
“Earlier today May Allah bless you and keep continue blessing you always with peace and happiness and all the success in your life of this dunya and hereafter.
“May He bless you today and always, sayang. I love you Bubu,” tulisnya dalam Bahasa Inggeris.
Untuk rekod, Ira atau nama sebenarnya Zarith Adzmira Mohd Amin mendirikan rumah tangga bersama Aril Razali pada tahun 2011.
Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.
Foto: Instagram Ira Mohd Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti media sosial, Nizam Rahman ditegur ketika dalam perjalanan untuk hadir melakukan slot promosi bagi satu jenama di sebuah stesen televisyen Islamik pagi tadi gara-gara mengenakan pakaian wanita.
Nizam atau nama sebenar, Hairul Nizam Abdul Rahman, 30, awalnya didekati dua orang lelaki yang bertanya mengenai tujuaannya hadir ke stesen TV berkenaan lalu mempersoalkan penampilan Nizam yang hadir berkebaya lengkap berambut palsu.
Nizam yang pada ketika itu sedang melakukan live di Facebook (FB) turut menerima pelbagai reaksi oleh pengunjung FB mengenai insiden yang berlaku.
“Nizam Rahman? Buat apa eh dekat sini? Ada shoot? Shoot apa? Lepas tu kau nak pakai macam ni masuk dalam? Fikirlah sikit… Awak tu laki,” kata salah seorang individu terbabit.
“Encik siapa ya? Sebab iyalah datang tak bagi salam, tiba-tiba nak sound kita macamtu kan?,” balas teman Nizam.
Situasi itu kemudiannya menjadi sedikit kecoh apabila Nizam dan temannya mendakwa individu terbabit mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya.
“Lain kali janganlah panggil saya pondan. Assalamualaikum takde. Eh kurang ajar siot dia panggil pondan. Kurang ajarnya, terperanjat aku,” kata Nizam sambil berlalu untuk tukar pakaian.
Nizam bagaimanapun dilihat mengenakan persalinan lengkap berbaju Melayu ketika sesi promosi bersiaran secara langsung.
Tidak mahu membiarkan isu tersebut berpanjangan, Nizam yang terkilan dengan insiden itu memohon maaf seterusnya menjelaskan situasi sebenar yang berlaku sejurus program tersebut selesai.
“Aduhai kecoh betul pagi tadi. Macam ni lah, alang-alang dah viral biar saya terangkan. Ada yang kecam saya tak hormat sebuah stesen TV sebab berpakaian wanita.
“Saya tak adalah bodoh mana atau hilang akal berpakaian wanita nak masuk TV! Kalau TV komersil pun tak boleh ‘drag’, apa lagi TV stesen yang ketengahkan piawaian syariah macam TV Alhijrah.
“Memang taklah nak langgar macam itu kan? Saya masuk slot iklan pun sebab nak promosikan Serangup, itu sahaja,” katanya.
Nizam pada masa sama turut mendedahkan dia memang merancang untuk tukar pada sejurus sampai ke stesen TV berkenaan.
“Saya masih tahu peraturan, malah mungkin ramai tak tahu saya sendiri pernah praktikal di sebuah stesen TV swasta. Jadi saya tahu, macam mana nak beradab.
“Masalah timbul bila ada dua hamba Allah yang tiba-tiba sound kenapa berpakaian wanit. Nak tegur tapi marah-marah, cakaplah elok-elok apa salahnya.
“Atau atau tanya dulu sebelum sembur. Itu yang saya saja lorat balik dengan diaorang. Nasib baik bukan staf TV Alhijrah atau staf JAWI.
“Saya memang rancang nak tukar baju masa sampai sana, kawan siap pegang baju lagi. Saya pakai macam tu sebab dari satu shooting untuk sebuah produk dan habis lewat sekitar 6.00 pagi.
“Saya hanya dua hari di KL, jadi terpaksa manfaatkan masa yang ada dan macam biasa, ada sesetengah klien nak saya bawa karakter Mona.
“Lepas habis shooting saya terus rushing ke TV Alhijrah untuk menjalani program Assalamualaikum Biz untuk promot Serangup.
“Memandangkan pertama kali ke sana, sajalah buat live nak bagitahu pada followers untuk tonton Assalamualaikum Biz.Tak sangka pepagi buta kena maki!
“Apapun saya minta maaf bagi sesiapa pun yang tersinggung. Semua ini hanya salah faham,” jelasnya yang turut memberi ruang buat pengikutnya untuk mendapatkan iphone 12 secara percuma.
“Kesempatan ini, saya nak umumkan jugalah pada followers yang nak menangi hadiah iPhone 12 dan wang tunai berjumlah RM1,000, korang boleh sertai #serangupdancechallenge menggunakan jingle Serangup yang sangat catchy.
“Siapa yang paling kreatif dan menari tik tok plg best akan dipilih sbg pemenang. Sekali lagi, Nizam mohon maaf atas kekecohan yang berlaku hari ini,” jelasnya panjang lebar.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Datin Niena Baharun yang telah selamat bersalin anak kedua kini sudah tamat menjalani fasa berpantang.
Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun telah selamat melahirkan anak keduanya, Alyssa Marrisa pada 20 Oktober lalu.
Dalam pada itu, Niena ada berkongsi cerita dan pengalaman berpantang yang diamalkan dirinya.
Kongsi Niena, adalah sangat penting untuk mengamalkan amalan penutup pantang selepas bersalin bagi mengekalkan tenaga kaum wanita.
“MERDEKA! Bila tgh berpantang, yg paling Niena tak sabar nak buat adalah penutup pantang. Sebab yg ni special sikit dari pantang yg biasa.
“Special tu dari segi rawatan, cth selain urut, tungku, scrub ada tambahan sprti tangas kering, ungkup wangi, mandi susu, mandi garam dan mandi bunga! Yg ni kalau nk buat semua ambik masa dlm 3hari. But, if buat tangas kering & mandi bunga saja pun dah ok!
“Org tua2 dulu ckp, penutup pantang ni utk mengelak angin cpt msuk ke dlm badan slpas bersalin, dapat menaikkan lagi seri wajah ibu, dapat mengembalikan keyakinan/tenaga ibu sprt sediakala dan dapat merawat aura negatif ibu selama berpantang (stress/penat/sakit badan).
“So, alhamdulillah selesai sudah penutup pantang bersama @fazrina_postnatalcare . Tkasih bt CL sy kak @watiarbaa & kak Emy yg bertungkus lumus menyiapkan penutup pantang, siap ada nama lagi. Cantik kan?
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.