Penyampai radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih Sinonim disapa Dj Lin berkongsi kenangan ketika melanjutkan pengajian tinggi di Institut Teknologi Mara, kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Di samping berkongsi sekeping foto kenangan bersama peminat, Dj Lin memberitahu peluang dan kesempatan untuk melanjutkan pengajian di kampus merupakan satu kenangan yang terindah.

“Cita-Cita Sebenar Nak Jadi Pegawai Polis, Tapi Takde Rezeki,” – DJ Lin Kongsi Foto Zaman ITM, Rupanya Dah 22 Tahun Di Konti Radio!

“Cita-Cita Sebenar Nak Jadi Pegawai Polis, Tapi Takde Rezeki,” – DJ Lin Kongsi Foto Zaman ITM, Rupanya Dah 22 Tahun Di Konti Radio!Pada masa sama, penerima trofi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-33 ini meluahkan rasa syukur terhadap peluang dan rezeki yang dikurniakan Yang Maha Esa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

“Kenangan di tahun #90an tersemat indah di kamus ingatan Kesempatan melanjutkan pelajaran ke #universiti adalah momen paling berharga dalam hidup #djlin.

IKLAN

“Syukur atas anugerah yg Allah kurniakan Cuba anda pulak kongsikan 1 gambar plg rare sekitar tahun #90an,” tulisnya bersama beberapa hashtag.

Menerusi hantaran lain bersempena dengan kempen Demam 90-an Suria, DJ Lin turut mendedahkan cita-cita sebenarnya ialah untuk menjadi anggota polis. Bagaimanapun, hasrat tersebut tak kesampaian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)

IKLAN

“Sempena Kempen #demam90ansuria @suriamalaysia #djlin kongsikan memori menerusi foto istimewa ini yang diambil pada tahun 1998 sewaktu menuntut di #ITMShahAlam.

“Waktu ni #djlin di semester 5 dalam jurusan #IjazahSarjanamuda #KomunikasiMassa #MassComm. Waktu ini umur Lin 23 tahun✌🏻Rindunya zaman study dulu, #djlin majouring in #journalism @ #kewartawanan, kengkawan sekuliah kebanyakannya jadi #wartawan & #guru tapi #djlin entah macamana jadi #PenyampaiRadio.

“Tak pernah sangka pun cita2 sebenar nak jadi seorang #PegawaiPolis tapi takda rezeki. Diam tak diam dah 22 tahun #djlin menceburi dunia #radio sebaik saja tamat pengajian di universiti dulu.

IKLAN

“Tahun #90an menghadiahkan terlalu banyak kenangan buat diri Lin yg pastinya akan terus terpahat dihati hingga ke akhir hayat Lin nanti.

“Doakan #djlin moga terus berjaya di arena kehidupan & sihat selalu agar dapat sentiasa temankan malam anda menerusi #suriacinta di #suriafm gittu #deman90an #suriafm #radiodj #radioannouncer #uitmstudent,” tulisnya.

“Cita-Cita Sebenar Nak Jadi Pegawai Polis, Tapi Takde Rezeki,” – DJ Lin Kongsi Foto Zaman ITM, Rupanya Dah 22 Tahun Di Konti Radio!

“Cita-Cita Sebenar Nak Jadi Pegawai Polis, Tapi Takde Rezeki,” – DJ Lin Kongsi Foto Zaman ITM, Rupanya Dah 22 Tahun Di Konti Radio!Sekadar informasi, Dj Lin melanjutkan pengajian tinggi dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) di Institut Teknologi Mara (ITM), kampus Shah Alam, pada tahun 1996 sehingga 1999.

Foto: Instagram Dj Lin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI