Pelakon Ruhainies mendedahkan ketika ini dia mahu fokus terhadap kerjaya lakonan dan sebolehnya tidak mahu meletakkan soal cinta sebagai hal yang utama.

Menurut Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, komitmen jadualnya juga agak padat cuma ketika ini sahaja dia punya waktu untuk berehat dari dunia lakonan.

“Soal Kahwin Insya-Allah Akan Hadir Nanti,” – Ruhainies Selesa Cara Ini “Soal Kahwin Insya-Allah Akan Hadir Nanti,” – Ruhainies Selesa Cara Ini

“InsyaAllah, jodoh bakal hadir dengan sendiri. Belum habis penggambaran drama, saya selepas ini perlu masuk set lain untuk projek seterusnya bergantung kepada situasi semasa.

“Jadi lebih baik untuk saya gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Pada saya, ini waktu untuk saya bersinar dan berkarya mencipta nama terlebih dahulu.

IKLAN

“Soal kahwin, insya-Allah akan hadir nanti,” katanya yang turut meminta doa semua selain mendoakan agar negara segera pulih dari fasa pandemik yang melanda.

Jelasnya lagi, tiada insan bergelar wanita yang tidak mahu mendirikan rumah tangga, seterusnya menjalani hidup sebagai isteri dan ibu.

IKLAN

Bagaimanapun, itu semua bergantung pada jodoh, sama ada cepat atau lambat dan dia juga lebih selesa dengan cara ini tanpa kisah sensasi yang boleh mengganggu reputasi.

“Soal Kahwin Insya-Allah Akan Hadir Nanti,” – Ruhainies Selesa Cara Ini “Soal Kahwin Insya-Allah Akan Hadir Nanti,” – Ruhainies Selesa Cara Ini

IKLAN

“Tak perlu kontroversi. Cukuplah kita berdiri dengan bakat. Selebihnya pandailah peminat di luar sana untuk menilai.

“Saya selesa hidup begini dan memilih untuk terus dengan cara ini Insya-Allah. Apa pun semua itu bergantung kepada niat asal kita di dalam melakukan sesuatu perkara,” katanya lagi.

Drama terbaru lakonan Ruhainies, Cukup Derita Itu kini mengisi slot Samarinda di TV3.

“Soal Kahwin Insya-Allah Akan Hadir Nanti,” – Ruhainies Selesa Cara Ini“Soal Kahwin Insya-Allah Akan Hadir Nanti,” – Ruhainies Selesa Cara Ini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI