MH pasti ramai masyarakat di negara kita ni gemar menonton drama kan? Apa lagi kalau hero kacak atau heroin cantik yang berlakon, mesti ramai yang melekat depan TV.

Kalau zaman sekarang ni kita ada drama Hero Seorang Cinderella, Suri Hati Mr. Pilot dan banyak lagi.

Kali ni MH nak share dengan korang semua lima senarai drama melayu yang popular dan menjadi kegilaan ramai pada era 90an.

 

1. Cinta Antara Benua

Cinta Antara Benua, Salam Taj Mahal, Antara Drama Popular, Ini  Dia 5 Drama Melayu Popular Sekitar Tahun 90an!

Drama ini mengisahkan kehidupan pahit manis pelajar-pelajar dari Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke New Castle, United Kingdom dna Kota London. Antara barisan pelakon yang melakonkan drama ini adalah Ahmad Idham, Azhar Sulaiman, Asyanti, M. Rajoli dan ramai lagi.

IKLAN

 

2. Cinderella

Cinta Antara Benua, Salam Taj Mahal, Antara Drama Popular, Ini  Dia 5 Drama Melayu Popular Sekitar Tahun 90an!

Pastinya ramai yang masih ingat drama Cinderella yang dilakonkan oleh hero dan heroin terkenal pada era 90an, Haliza Misbun dan Ahmad Idham. Drama ini mendapat sambutan hangat daripada penonton. Ia mengisahkan tentang seorang wanita bernama Nurul hampir menjadi mangsa rogol bapa tirinya dan berjaya melarikan diri dan bertemu dengan Salman. Setelah berkahwin dengan Salman, Nurul terpaksa berlagak sebagai orang gaji kerana tidak mahu Salman kehilangan hak penjagaan ke atas anaknya dari perkahwinan terdahulu.

 

IKLAN

3. Salam Taj Mahal

Cinta Antara Benua, Salam Taj Mahal, Antara Drama Popular, Ini  Dia 5 Drama Melayu Popular Sekitar Tahun 90an!

Antara drama yang menjadi kegilaan penonton pada era 90an adalah drama Salam Taj Mahal yang dilakonkan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk M. Nasir, Umie Aida, Erma Fatima, Vanidah Imran, Radhidi dan ramai lagi. Kisah kasih sayang yang kuat antara pasangan adik beradik yang telah lama terpisah iaitu Ali dan adiknya Aisyah. Mereka terpisah setelah ibu bapa mereka meninggal dunia dan kemudia Ali telah di bawa ke India oleh kawan baik ayahnya. Sementara itu Aisyah pula membesar di Malaysia.

 

IKLAN

4. Mat Despatch

Cinta Antara Benua, Salam Taj Mahal, Antara Drama Popular, Ini  Dia 5 Drama Melayu Popular Sekitar Tahun 90an!

Drama bersiri Mat Despatch antara drama yang sangat diminati ramai dengan membariskan lima orang gadis yang dilakonkan oleh Raja Azura, Sharifah Shahirah, Amyza Aznan, Enot dan Azza Elite. Mereka telah diterima bekerja di syarikat penghantaran surat yang dimonopoli kaum lelaki dan di sana mereka berjumpa dengan sekumpulan pekerja lelaki yang akhirnya menjadi rakan baik mereka. Bermula dari itu, episod cinta, menaruh perasaan dan dikecewakan mula menjadi intipati drama tersebut.

 

5. Cili Padi

Cinta Antara Benua, Salam Taj Mahal, Antara Drama Popular, Ini  Dia 5 Drama Melayu Popular Sekitar Tahun 90an!

Drama Cili Padi merupakan drama yang sangat digemari oleh golongan kanak-kanak pada era 90an. Menampilkan pelakon hebat Jaafar Onn yang memegang watak Cikgu Jaafar dan pelakon kanak-kanak hebat ketika itu seperti Shafik, Tam, Anne Ngasri dan Melissa Saila.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI