Spekulasi hubungan pempengaruh sensasi, Cik Epal dengan lelaki dikenali sebagai Ammar semakin bertiup kencang.
Malah, timbul dakwaan pasangan ini bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi selepas mereka dikatakan rancak membuat persiapan bagi meraikan majlis bahagia tersebut.
Namun dakwaan tersebut masih lagi menjadi tanda tanya sama ada ia sahih atau sebaliknya.
Video Tular Baju Melayu Hantaran
Terbaharu, muncul sebuah video yang dimuat naik memperlihatkan Cik Epal sedang memilih baju Melayu buat pembawa dulang hantaran lelaki sebelum disapa oleh Pengurus Pemasaran Jakel, Muzaffar Jakel.
Ads
“Asslamualaikum, apa khabar? Cik Epal ada dekat sini, bersama dengan Ammar.
“Betul ke ni? Astaghfirullahalazim, macam tak percaya. Berapa pasang baju dulang ‘boy’? Tujuh?
“Dah tahu dah… masuk dalam ‘group’ dah. Alhamdulillah,” kata Muzaffar.
Ads
Cik Epal bagaimanapun menjelaskan dia hanya tolong orang lain bagi membeli helaian tersebut.
“Untuk dulang boy memang warna biru, tapi bukan untuk saya. Saya hanya tolong-tolong saja,” jelas Cik Epal.
Ads
Muzaffar pada masa sama turut memaklumkan pihaknya sedang mengadakan jualan jumbo dengan harga RM59.
“Memang murah sangat ni kalau nak belikan untuk dulang ‘boy’ ni,” kata Cik Epal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Suami kepada pelawak terkenal Indonesia, Nina Carolina atau lebih dikenali sebagai Mpok Alpa mendedahkan bekas pengurus arwah isterinya itu didakwa menggelapkan wang hasil kerjaya seni sehingga mencecah Rp2 miliar atau kira-kira RM513,960.00
Aji Darmaji berkata, sebelum pemergian isterinya pada 15 Ogos lalu, Allahyarhamah masih berdepan masalah berhubung pembayaran projek yang tidak telus daripada individu berkenaan.
“Harapan kami hanya satu, wang dipulangkan semula dengan cara baik. Jangan sampai nombor telefon saya pun diblok,” katanya dipetik daripada STARPRO Indonesia.
Beliau memberitahu, perkara itu telah diserahkan kepada peguam keluarga, Zaky Ramdhani untuk tindakan lanjut.
Menurut Aji, bekas pengurus terbabit bukan sahaja gagal menunjukkan itikad baik, malah turut mengingkari adendum atau dokumen tambahan yang pernah dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini.
“Saya sudah malas hendak dengar alasan. Adendum yang dibuat langsung tidak dipatuhi,” jelasnya dengan nada kesal.
Sementara itu, Zaky ketika ditemui pihak media tempatan menjelaskan, sepanjang tahun 2018 hingga 2023, individu terbabit yang juga merupakan orang kepercayaan keluarga sering kali tidak telus dalam menguruskan pembayaran projek seni melibatkan Mpok Alpa.
“Setiap kali ada projek, wang masuk tetapi tidak pernah diberikan secara penuh. Ringkasnya, tidak ada ketelusan,” ujarnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang semakin mencuri perhatian, JessC, terus mengekalkan momentum cemerlang apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Best Asian Pop menerusi lagu popularnya My Style di InterContinental Music Awards 2025 (ICMA) yang berlangsung di Los Angeles, baru-baru ini.
Kejayaan ini membuktikan bahawa JessC bukan sahaja popular di Asia, malah turut mencipta nama di pentas muzik antarabangsa.
Album Mandarinnya, My Style, berjaya menawan hati peminat di China dengan pencapaian cemerlang di carta penstriman dan radio.
Manakala album Melayu berjudul Dekati mencetuskan fenomena “Demam JessC” di Indonesia.
Tidak ketinggalan, single Inggerisnya, Six Feet Deep, turut menembusi pasaran Barat apabila dimainkan di stesen radio ternama seperti Z-100 New York, Virgin Radio Vancouver, dan KIIS FM Sydney.
ICMA sendiri diiktiraf sebagai salah satu anugerah muzik antarabangsa paling berprestij, dengan barisan juri terdiri daripada pakar industri muzik dunia yang pernah bekerjasama dengan artis besar seperti Celine Dion, Selena Gomez dan Ricky Martin.
Karya JessC dipuji kerana keunikan serta keupayaannya menyatukan muzik Timur dan Barat dengan cara luar biasa.
JessC meluahkan rasa syukur atas kemenangan tersebut dan menganggap pengiktirafan itu sebagai penghargaan buat semua pihak yang menyokong perjalanan muziknya.
“Muzik ialah kuasa penyembuhan yang menghubungkan hati dan melangkaui budaya. Saya amat bersyukur atas pengiktirafan ini, dan anugerah ini adalah milik semua yang menyokong muzik kami,” katanya.
Mengikut perancagan, JessC juga bakal memulakan kempen promosi global untuk single terbarunya, One Chance, bermula September ini di Amerika Syarikat, sebelum diteruskan ke Eropah dan Amerika Selatan dengan sasaran ke 50 negara serta 100 bandar utama menjelang akhir tahun.
Bagi peminat tempatan, mereka boleh menantikan My Style World Tour Concert yang akan berlangsung pada 20 Disember 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, selepas kejayaan konsert habis terjual di Genting Arena of Stars pada Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tindakan penyanyi Wani Kayrie memuat naik foto berhijab berukuran passport di Instagram, baru-baru ini nyata mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Ini kerana, pada awalnya ada netizen menyangka Wani sedang mempersiapkan foto untuk melengkapkan dokumen pernikahan.
Malah, komen yang ditinggalkan oleh penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan, yang ketika ini dikaitkan rapat dengan Wani, turut mencuri perhatian.
Bagaimanapun, Afieq menjelaskan perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan soal perkahwinan, sebaliknya sekadar doa buat Wani yang ketika itu bakal berangkat menunaikan umrah.
“Ada yang ingat kami pergi pejabat agama atau buat kursus kahwin. Sebenarnya tiada apa-apa pun. Saya hanya komen agar dipermudahkan segala urusan untuk tunai umrah. Namun, ada peminat dan rakan-rakan artis salah sangka.
“Sebenarnya, kepada sesiapa yang tahu, gambar untuk proses nikah lebih kecil berbanding gambar passport. Saya sudah buat kursus kahwin ketika zaman belajar.
“Andai kata saya berjumpa dengan pasangan yang belum buat kursus kahwin, saya akan ikut serta buat kali kedua. Saya akan teman dia. Barulah nampak manis sikit,” katanya kepada MH ketika ditemui di tayangan perdana filem Abu Si Raksasa, baru-baru ini.
Afieq turut menjelaskan, ketika ini dia belum mempunyai perancangan untuk membawa hubungan ke tahap lebih serius, namun menegaskan dirinya sudah bersedia untuk berumah tangga.
“Buat masa sekarang, saya belum ada perancangan untuk hubungan yang lebih serius. Namun, sebagai lelaki, saya sudah bersedia untuk melangkah ke fasa itu. Saya sudah nekad.
“Jika belum ada rezeki untuk ke pelaminan, saya akan usahakan lagi. Bila melihat ramai kawan-kawan yang sudah berkahwin, jadi saya sudah persiapkan diri.
“Andai kata satu hari nanti, saya kata ‘ya’, ia akan tetap berlaku. Hal ini memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak.
“Tak boleh saya sorang sahaja beri jawapan. Saya serahkan kepada Allah,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Afieq menegaskan dia dan Wani kini masih selesa berkawan, malah menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.
“Buat masa sekarang, kami berkawan seperti biasa. Kalau ada pihak yang nak gandingkan kami, kami okay untuk bekerjasama.
“Kami berkawan hingga ke syurga. Ada pasangan yang berkahwin kerana serasi dan sekufu. Itu yang buat hubungan lebih erat dan kuat,” kongsinya.
Menyentuh soal doa yang dititipkan kepada Wani untuk dibacakan di hadapan Kaabah, Afieq menjelaskan ia hanyalah doa-doa baik.
“Seperti biasa, saya kirimkan doa yang baik untuk segala hal termasuklah dari segi kesihatan dan jodoh. Jadi, terserah kepada Wani untuk menyampaikan isi doa tersebut.
“Yang paling penting, saya minta Wani sampaikan salam kepada Rasulullah. Pada tahun ini, hari lahir saya kebetulan jatuh pada sambutan maulidur rasul.
“Wani sangat bertuah kerana dapat meluangkan masa dan beribadah di Mekah ketika waktu istimewa ini,” akhirinya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh Syifa Melvin meluahkan rasa terkilan apabila melihat ada di antara wanita terpaksa menjalani kehidupan yang sukar selepas tersalah memilih pasangan hidup.